Artikel

Cetak

Skim Organik Malaysia (SOM)

PENSIJILAN SKIM ORGANIK MALAYSIA (SOM)
1. Pengenalan

SALM ialah sebuah program pensijilan yang dibangunkan oleh Jabatan Pertanian untuk mengiktiraf ladang-ladang yang diusahakan secara organik mengikut kriteria dan keperluan yang telah ditetapkan dalam Standard Skim Organik Malaysia (SOM).

Standard SOM adalah berasaskan kepada Malaysian Standard MS1529:2001 The Production, Processing, Labelling and Marketing of Plant Based Organically Produced Foods.

Standard SOM juga merangkumi syarat-syarat dan kriteria yang terbit dari peruntukan dalam undang-undang untuk mengawal hazard yang mempunyai impak ke atas alam sekitar, keselamatan makanan dan kesihatan dan keselamatan pekerja.

Untuk mendapatkan Standard SOM, klik pautan berikut :

http://www.doa.gov.my/image/image_gallery?uuid=c577e787-3bd7-4e67-aeab-6a14d87b4df8&groupId=25318&t=1260333367081


(Standard SOM (BI) dilampirkan)


2. Faedah-faedah SOM

Faedah kepada pengeluar
Hasil yang dikeluarkan dari ladang telah diberi pensijilan boleh dilabelkan sebagai produk organik dan berhak menggunakan Organik Malaysia di atas produk mereka. Dengan label ini, produk tersebut boleh dipasarkan sebagai produk organik dengan harga yang setimpal.

Faedah kepada pengguna
Pengguna mendapat keyakinan bahawa produk yang dibeli adalah benar-benar organik dan tidak mengandungi sisa-sisa kimia yang tidak diingini kerana telah mematuhi piawaian organik Malaysia.

Faedah kepada alam sekitar dan pekerja

Oleh kerana baja dan racun perosak kimia dilarang penggunaannya di bawah sistem perladangan organik, secara langsung pencemaran kepada alam sekitar atau berlaku kes-kes keracunan di kalangan pengusaha dan pekerja dapat dielakkan.

3. Carta aliran kerja SOM

Carta aliran kerja bagi pensijilan SOM (dilampirkan).

4. Kursus yang dijalankan

a) Kursus Pegawai Audit SOM

Kursus ini adalah untuk melatih pegawai-pegawai Jabatan Pertanian yang dipilih untuk menjadi pegawai audit yang tugasnya adalah mengaudit ladang-ladang pemohon pensijilan SOM. Peserta bagi kursus ini adalah dipilih oleh Urusetia Pensijilan SOM.

b) Kursus Pembimbing SOM

Kursus ini adalah untuk pegawai Jabatan Pertanian terdiri dari pegawai-pegawai di daerah yang bertujuan untuk melatih mereka agar dapat membimbing pengusaha-pengusaha yang memohon pensijilan SOM. Peserta bagi kursus ini adalah dipilih oleh Urusetia Pensijilan SOM dengan kerjasama Jabatan Pertanian Negeri.

c) Kursus Pengusaha SOM

Kursus untuk pengusaha yang berminat untuk menyertai pensijilan SOM. Peserta akan diberi pendedahan tentang aspek-aspek dalam Amalan Pertanian Baik dan langkah-langkah di dalam mendapatkan pensijilan SOM. Peserta bagi kursus ini adalah dipilih oleh Urusetia Pensijilan SOM dengan kerjasama Jabatan Pertanian Negeri.

 

5. Senarai penerima sijil SOM

Senarai penerima sijil SOM (dilampirkan)


6. Borang Permohonan

(dilampirkan utk di muat turun)


7. Pegawai penghubung


Untuk maklumat lanjut dan penghantaran borang permohonan, boleh menghubungi pegawai kami di pejabat atau melalui talian:

Urusetia Pensijilan Ladang
Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman
Jabatan Pertanian Malaysia
Aras 7, Wisma Tani, Lot 4G2,
No. 30, Persiaran Perdana, Presint 4,
62624 Putrajaya,
Malaysia.
No. Telefon : 03-88703454/3569/3579
No. Faks : 03-88887639

 

Kembali ke Senarai Sijil & Persijilan

 Youtube Jabatan Pertanian Perak Webmobile Jabatan Pertanian PerakWebmobile Jabatan Pertanian PerakWebmobile Jabatan Pertanian Perak
 

Pengguna Berdaftar

Berita Terkini

Artikel Akhbar
Berita Terkini || Berita Terkini mengenai aktiviti dan maklumat
yang berkaitan dengan Jabatan Pertanian Negeri Perak.

Pengumuman

Artikel Akhbar
Pengumuman || Pengumuman Terkini yang berkaitan dengan
Jabatan Pertanian Negeri Perak.

Sebut Harga & Tender

YOOaccordion

Senarai Sebut Harga / Tender.

 

Cantik & Sihat

YOOaccordion

Tips dari Buku Cantik & Sihat

Keratan Akhbar

Artikel Akhbar
Artikel Akbar dari akhbar tempatan boleh didapati disini.
MOA Jabatan Pertanian MYGovernment MARDI FAMA LKIM LPP Agrobank MADA KADA MPIB TEKUN TEKUN rakanagro natc
SUK Perak Peraknews BERNAS mysms KPerak MSCMalaysia MAMPU Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC) Afro-Asian Rural Development Organization (AARDO) Perbadanan Pertanian Negeri Perak