Artikel

Cetak

Syarat-syarat bagi lesen menjual / menyimpan racun makhluk perosak

PERMOHONAN LESEN MENJUAL/MENYIMPAN
RACUN MAKHLUK PEROSAK


SYARAT-SYARAT BAGI LESEN MENJUAL DAN LESEN MENYIMPAN RACUN MAKHLUK PEROSAK

1. Syarat-syarat Lesen Menjual Racun Makhluk Perosak bagi Premis
di mana Racun Makhluk Perosak tidak dipamer atau disimpan

  • Racun makhluk perosak tidak boleh dipamerkan atau disimpan di premis tersebut.
  • Racun makhluk perosak tidak boleh dijual kepada orang di bawah umur 18 tahun. Untuk maksud ini satu papantanda dengan kenyataan “RACUN MAKHLUK PEROSAK TIDAK BOLEH DIJUAL KEPADA ORANG DI BAWAH UMUR 18 TAHUN” mestilah dipamerkan dengan jelas di premis tersebut.
  • Kuantiti racun makhluk perosak seperti: paraquat, monocrotophos, calcium cyanide, hydrogen cyanide, methyl bromide, aluminium phosphide, zinc phosphide dan magnesium phosphide yang dijual atau dilupus mestilah direkod menggunakan format LRMP-B1.
  • Syarat-syarat lain yang difikirkan sesuai oleh Pegawai Pelesen Racun Makhluk Perosak.

2. Syarat-syarat Lesen Menjual Racun Makhluk Perosak bagi Premis
di mana Racun Makhluk Perosak dipamer dan/atau disimpan

  • Racun-racun makhluk perosak berikut: paraquat, monocrotophos, calcium cyanide, hydrogen cyanide, methyl bromide, aluminium phosphide, zinc phosphide dan magnesium phosphide hendaklah diasingkan daripada racun-racun perosak yang lain serta disimpan berkunci.
  • Kuantiti racun makhluk perosak tersebut di atas yang dijual atau dilupuskan mestilah direkod menggunakan format LRMP-B1.
  • Racun makhluk perosak tidak boleh dijual atau disimpan di premis di mana makanan, minuman atau ubat-ubatan untuk kegunaan manusia atau haiwan juga dijual atau disimpan kecuali terdapat satu sekatan kekal yang mengasingkan racun makhluk perosak daripada bahan-bahan tersebut. Sekatan kekal tersebut mestilah
    sekurang-sekurangnya setinggi 3 meter atau sehingga paras siling, mengikut mana yang lebih rendah. Sebagai alternatif, racun makhluk perosak juga boleh disimpan dalam almari yang berkunci dan tidak mempunyai bahan-bahan lain.
  • Racun makhluk perosak hanya boleh dijual di dalam bekas asalnya sahaja dan tidak boleh dijual jika bekas tersebut retak, berkarat, rosak atau sekiranya label asal terkoyak atau tidak boleh dibaca.
  • Racun makhluk perosak tidak boleh dijual kepada orang di bawah umur 18 tahun. Untuk maksud ini satu papantanda dengan kenyataan “RACUN MAKHLUK PEROSAK TIDAK BOLEH DIJUAL KEPADA ORANG DI BAWAH UMUR 18 TAHUN” mestilah dipamerkan dengan jelas di premis tersebut.
  • Alat pemadam api sebagaimana yang diluluskan oleh pihak bomba tempatan perlu disediakan di premis di mana racun makhluk perosak dijual atau disimpan.
  • Satu papantanda yang bertulis dengan perkataan “MERBAHAYA RACUN MAKHLUK PEROSAK” mestilah dipamerkan dengan jelas pada premis tersebut. Latarbelakang papantanda mestilah berwarna putih manakala tulisan berwarana merah tua. Perkataan-perkataan ini mestilah berukuran sekurang-kurangnya 5cm tinggi. Simbol tengkorak serta tulang bersilang berwarna hitam berukuran sekurang-kurangnya 10cm tinggi mesti juga disertakan pada
    papantanda ini.
  • Jika mempunyai stor ianya mesti dikunci dan satu papantanda dengan kenyataan ”AWAS STOR RACUN MAKHLUK PEROSAK - DILARANG MAKAN, MINUM DAN MEROKOK” mestilah dipamerkan dengan jelas di pintu masuk stor tersebut. Latarbelakang papantanda mestilah berwarna putih manakala tulisan berwarna merah tua. Perkataan-perkataan ini mestilah berukuran sekurang-kurangnya 5 cm tinggi. Simbol tengkorak serta tulang bersilang berwarna hitamberukuran sekurang-kurangnya 10cm tinggi mesti juga disertakan pada papantanda ini.
  • perkataan ini mestilah berukuran sekurang-kurangnya 5 cm tinggi. Simbol tengkorak serta tulang bersilang berwarna hitam berukuran sekurang-kurangnya 10cm tinggi mesti juga disertakan pada papantanda ini.
  • Premis tersebut mestilah mempunyai kemudahan-kemudahan asas bagi tujuan pembersihan tumpahan racun makhluk perosak seperti baldi yang mengandungi pasir, baldi kosong, pencedok pasir serta bekalan air yang mencukupi.
  • Syarat-syarat lain yang difikirkan sesuai oleh Pegawai Pelesen Racun Makhluk Perosak.

 

3. Syarat-syarat bagi Lesen Menyimpan Racun Makhluk Perosak.

  • Urusniaga tidak dibenarkan di premis yang diberikan Lesen Menyimpan Racun Makhluk Perosak.
  • Racun-racun makhluk perosak berikut: paraquat, monocrotophos, calcium cyanide, hydrogen cyanide, methyl bromide, aluminium phosphide, zinc phosphide dan magnesium phosphide hendaklah diasingkan daripada racun-racun makhluk perosak yang lain serta disimpan berkunci
  • Kuantiti racun makhluk perosak tersebut di atas yang dijual atau dilupuskan mestilah direkod menggunakan format LRMP-B1.
  • Racun makhluk perosak tidak boleh dijual atau disimpan di premis di mana makanan, minuman atau ubat-ubatan untuk kegunaan manusia atau haiwan juga dijual atau disimpan kecuali terdapat satu sekatan kekal yang mengasingkan racun makhluk perosak daripada bahan-bahan tersebut. Sekatan kekal tersebut mestilah sekurang-kurangnya setinggi 3 meter atau sehingga paras siling. mengikut mana yang lebih rendah. Sebagai alternatif, racun
    makhluk perosak juga boleh disimpan dalam almari yang berkunci dan tidak mempunyai bahan-bahan lain.
  • Alat pemadam api sebagaimana yang diluluskan oleh pihak Bomba tempatan perlu disediakan di premis di mana racun makhluk perosak dijual atau disimpan.
  • Stor mestilah dikunci dan satu papantanda dengan kenyataan “AWAS STOR RACUN MAKHLUK PEROSAK - DILARANG MAKAN, MINUM DAN MEROKOK” mestilah dipamerkan di pintu masuk stor tersebut. Latarbelakang papantanda mestilah berwarna putih manakala tulisan berwarna merah tua. Perkataan-perkataan ini mestilah
    berukuran sekurang-kurangnya 5 cm tinggi. Simbol tengkorak serta tulang bersilang berwarna hitam berukuran sekurang- kurangnya 10 cm tinggi mesti juga disertakan pada papantanda ini.
  • Premis tersebut mestilah mempunyai kemudahan-kemudahan asas bagi tujuan pembersihan tumpahan racun makhluk perosak seperti baldi yang mengandungi pasir, baldi kosong, pencedok pasir serta bekalan air yang mencukupi.
  • Syarat-syarat lain yang difikirkan sesuai oleh Pegawai Pelesen Racun Makhluk Perosak.

 

Lesen Pengendali Kawalan Perosak

  1. Seseorang yang mempunyai, mengendalikan atau menguruskan suatu syarikat atau perniagaan yang mengendalikan kawalan makhluk perosak yang terlibat dalam menjalankan pengendalian kawalan makhluk perosak ke atas harta orang lain bagi upah, hendaklah memiliki suatu lesen pengendali kawalan makhluk perosak yang dikeluarkan oleh Lembaga.
  2. Permohonan untuk Lesen Pengendali Kawalan Racun Perosak hendaklah dibuat secara bertulis kepada Lembaga Racun Makhluk Perosak dan disertakan dengan fi permohonan sebanyak RM400.00.
  3. Lesen Pengendali Kawalan Racun Perosak tidak boleh dipindahkan miliknya dan dikeluarkan tertakluk kepada syarat-syarat yang berikut:
  1. Melainkan jika dibatalkan atau digantung telebih dahulu, lesen ini adalah sah selama tempoh dua tahun dari tarikh lesen dikeluarkan.
  2. Lesen ini hendaklah dipamerkan pada sepanjang masa di premis yang dinyatakan dalam lesen ini.
  3. Tiada seorang pun boleh menjalankan suatu syarikat/perniagaan yang mengendalikan kawalan makhluk perosak selain di premis yang dinyatakan dalam lesen ini.
  4. Lembaga tidak akan mengeluarkan Lesen Pengendali Kawalan Racun Perosak sehingga pemohon, atau seorang pemakai racun makhluk perosak yang bekerja di bawahnya, yang menjalankan atau menyelia penjalanan pengendalian kawalan makhluk perosak di atas harta orang lain bagi upah, ialah pemakai racun makhluk perosak berlesen.
  5. Pemegang lesen hendaklah memohon kepada Lembaga berkenaan dengan apa-apa pertukaran dalam alamat bagi syarikat/perniagaan yang mengendalikan kawalan makhluk perosak itu sekurang-kurangnya 10 hari sebelum pertukaran itu, disertakan dengan satu salinan Lesen untuk Menjual dan Menyimpan untuk Penjualan Racun Makhluk Perosak yang dikeluarkan oleh Pegawai Pelesenan Racun Makhluk Perosak dan, dalam hal perniagaan yang mengendalikan kawalan makhluk perosak, lesen perniagaan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan yang berkenaan bagi premis yang baru.
  6. Pemegang lesen hendaklah memaklumkan kepada Lembaga berkenaan dengan apa-apa perubahan mengenai pemakai racun makhluk perosak berlesen yang bekerja di bawahnya dalam tempoh 10 hari daripada perubahan itu.
  7. Lembaga Racun Makhluk Perosak boleh, sebagai tambahan kepada syarat-syarat di atas, mengenakan apa-apa syarat yang lain yang difikirkannya perlu.
 

Download borang bermohonan bagi lesen menjual / lesen menyimpan untuk jualan racun makhluk perosak

 

Kembali ke Senarai Infotani & Teknologi

 Youtube Jabatan Pertanian Perak Webmobile Jabatan Pertanian PerakWebmobile Jabatan Pertanian PerakWebmobile Jabatan Pertanian Perak
 

Pengguna Berdaftar

Berita Terkini

Artikel Akhbar
Berita Terkini || Berita Terkini mengenai aktiviti dan maklumat
yang berkaitan dengan Jabatan Pertanian Negeri Perak.

Pengumuman

Artikel Akhbar
Pengumuman || Pengumuman Terkini yang berkaitan dengan
Jabatan Pertanian Negeri Perak.

Sebut Harga & Tender

YOOaccordion

Senarai Sebut Harga / Tender.

 

Cantik & Sihat

YOOaccordion

Tips dari Buku Cantik & Sihat

Keratan Akhbar

Artikel Akhbar
Artikel Akbar dari akhbar tempatan boleh didapati disini.
MOA Jabatan Pertanian MYGovernment MARDI FAMA LKIM LPP Agrobank MADA KADA MPIB TEKUN TEKUN rakanagro natc
SUK Perak Peraknews BERNAS mysms KPerak MSCMalaysia MAMPU Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC) Afro-Asian Rural Development Organization (AARDO) Perbadanan Pertanian Negeri Perak