Artikel

Cetak

Permohonan pembelian racun makhluk perosak

PERMOHONAN PEMBELIAN RACUN MAKHLUK PEROSAK



KETERANGAN BORANG

Borang Permohonan Pembelian Racun Makhluk Perosak Terkawal (RMPT 1/1999)

1. Borang ini perlu diisi oleh pemohon dalam satu salinan sahaja.

2. Boleh dihantar secara terus, pos atau faks.
Jika menggunakan faks, salinan yang asal hendaklah juga dihantar kemudian.

3. Satu borang permohonan hanyalah untuk satu jenis racun sahaja.

4. Keterangan dalam ruangan di dalam borang.

i. Tujuan Permohonan (Ruangan 1)

Pemohon perlu menandakan tujuan permohonan sama ada untuk pembelian bagi menambah simpanan racun di kedai atau untuk menggunakannya di ladang kerana adanya serangan. Bagi pembelian untuk menambah stok simpanan, pemohon perlu meyatakan baki racun (dari jenis a.i yang dipohon) yang masih ada dalam simpanan. Ini boleh membantu pegawai pelesen untuk memberi pertimbangan ke atas permohonan tersebut.

ii. Nama Syarikat dan Alamat (Ruangan 3)

Pemohon perlu mengisi ruangan ini terutama jika memohon untuk menambah stok simpanan, bagi memudahkan pegawai pelesen membuat pemeriksaan di premis berkenaan.

iii. Nama Ladang dan Alamat Kawasan Serangan (Ruangan 4)

Pemohon hendaklah mengisi ruangan ini jika tujuan permbelian racun adalah untuk kegunaan di ladang bagi membolehkan pegawai pelesen membuat pemeriksaan di ladang dan untuk memastikan bahawa racun tersebut hanya digunakan di kawasan yang mengalami serangan sahaja.

iv. Nama dan Alamat Pembekal (Ruangan 13)

Pemohon perlu menyatakan nama dan alamat kedai/pembekal racun yang ia bercadang untuk membelinya. Ini akan dapat memudahkan pegawai pelesen membuat pemeriksaan bagi mengenalpasti berapakah jumlah sebenar pembelian racun yang telah dibuat menggunakan surat kebenaran pembelian tersebut.

v. Ruangan Kegunaan Pejabat

No. Kebenaran

Pegawai pelesen perlu mengisi ruangan ini berpandukan kepada nombor surat kebenaran pembelian racun makhluk perosak terkawal yang akan diluluskan kepada pemohon.

PANDUAN MENGISI BORANG PERMOHONAN (LRMP-LI)

  1. Isikan borang ini dalam dua salinan.
  2. Tuliskan alamat Pegawai Pelesen Racun Makhluk Perosak di negeri tuan (sekiranya ianya belum lagi diisi).
  3. Tulis nama penuh tuan diikuti dengan nama dan alamat syarikat tuan dengan huruf besar.
  4. Tuliskan alamat lengkap berserta poskod premis di mana racun makhluk perosak akan dijual dan / atau disimpan. Sekiranya perlu sertakan peta lakar dan arahan yang jelas untuk ke premis tuan bagi memudahkan pemeriksaan oleh Pegawai Pelesen dan kakitangannya.
  5. Terangkan sama ada tuan ingin memohon lesen menjual atau lesen menyimpan.
  6. Tandakan (√ ) samada permohonan tuan adalah untuk memperbaharui lesen atau untuk lesen baru. Sekiranya permohonan adalah untuk memperbaharui lesen tuliskan nombor lesen sekarang di dalam ruang yang disediakan.
  7. Penuhkan bahagian ini sekiranya permohonan tuan adalah untuk memperbaharui lesen. Tempoh sah lesen adalah selama satu tahun sahaja.
  8. Tandakan (√ ) apakah kelas racun makhluk perosak yang ingin tuan jual. Kelas racun makhluk perosak ada ditunjukkan pada label racun makhluk perosak. Melainkan untuk kelas IV, kelasnya boleh dilihat pada kepungan warna.
  9. Sebutkan keluasan lantai sebenar dalam meter persegi keluasan premis yang digunakan untuk menyimpan racun makhluk perosak.
  10. Tandakan (√ ) apakah barang-barang lain yang dijual dan disimpan untuk dijual di dalam premis. Sekiranya selain daripada perkara-perkara (a) hingga (e), jelaskan di bawah (f) apakah barang-barang yang dijual atau disimpan
  11. Sertakan salinan dokumen-dokumen pendaftaran perniagaan / syarikat dan dokumen-dokumen yang berkenaan.
  12. Sertakan pembayaran permohonan sebanyak RM 20/- dalam bentuk ‘bank draft’ / kirimam wang / wang pos berpalang yang dibayar kepada Ketua Pengarah Pertanian, Semenanjung Malaysia.
  13. Borang permohonan ini mestilah ditandatangani oleh orang yang diberi kuasa oleh syarikat berkenaan dan dimeterai dengan meteri / cop rasmi syarikat.
 

Borang Permohonan (Borang 31d)

 

Kembali ke Senarai Infotani & Teknologi

 Youtube Jabatan Pertanian Perak Webmobile Jabatan Pertanian Perak

Pengguna Berdaftar

Arkib Keratan Akhbar

Artikel Akhbar
Artikel Akbar dari akhbar tempatan boleh didapati disini.

Sebut Harga / Tender

YOOaccordion

Senarai Sebut Harga / Tender.

 

Daftar Kontraktor

buku tetamu
Prosidur : Pendaftaran Kontraktor dan Pembekal

Cantik & Sihat

YOOaccordion

Tips dari Buku Cantik & Sihat

Buku Tetamu

buku tetamu
Buku Tetamu : Komen dan pandangan
MOA Jabatan Pertanian DOF MARDI FAMA LKIM LPP Agrobank MADA KADA MPIB TEKUN TEKUN rakanagro natc
MYGovernment 1malaysia taman pertanian malaysia mysms myideas MSCMalaysia MAMPU BLESS IIM SME SME
Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) Afro-Asian Rural Development Organization (AARDO) Plants Committee on Convention of Species of Wild Fauna and Flora (CITES)   World Trade Organization (WHO) Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC) Japan International Cooperation Agency (JICA) Ministry of Agriculture, Forestry and Fisheries of Japan (MAFF) International Plant Protection Convention (IPPC)
SUK Perak Peraknews KPerak Perbadanan Pertanian Negeri Perak PSDC Jabatan Perikanan Perak Jabatan Veterina Perak JPS Perak BERNAS