Artikel

Cetak

PANDUAN MENANAM BAYAM

Bayam adalah sejenis sayuran daun yang mengandungi vitamin A, B dan C dan zat-zat galian seperti kalsium dan besi. Terdapat dua jenis bayam iaitu :-

  1. Jenis berwarna hijau. Jenis ini berdaun lebar dan kadang akla berdaun bujur.
  2. Jenis berwarna hijau keunguan dan kemerahan.

Bayam sesuai ditanam dipelbagai jenis tanah terutama tanah gembur liat ringan dan tanah liat berpasir. Tanah yang kaya dengan bahan organik, mempunyai saliran yang baik dan mempunyai kemasaman tanah diantara 5.5 - 6.5 adalah paling sesuai.

Menyedia Batas

Bajak dan gemburkan tanah sebelum menyediakan batas. Ukuran batas ialah 120 cm lebar, 20-30 cm tinggi dan 760 cm panjang. Jarak antara batas ialah 46 cm. Buat tiga alur kecil memanjang di permukaan batas.

Menanam

Bayam ditanam terus dengan menggunakan biji benih. Oleh kerana biji benih bayam berkeadaan halus, gaulkan biji benih dengan pasir atau tanah peroi sebelum disemai. Kemudian taburkan sama rata ke dalam alur-alur di atas batas. Selepas 2-3 hari anak benih akan cambah. Jarakkan mengikut ukuran yang disyorkan ialah 8-10 cm antara pokok dan 2-3 cm antara barisan. Sebanyak 6-7 kg biji benih diperlukan untuk 1 hektar.

Bayam boleh juga disemai di dalam tapak semaian sebelum diubah ke batas. Sebelum menyemai gaulkan biji benih dengan racun kulat seperti Thiram dengan kadar 3 kg. Thiram dengan 1000 gm biji benih untuk mencegah penyakit melecuh. Lebih kurang 12 hari selepas menyemai, siram anak-anak benih dengan baja larutan Urea sebanyak 4 gm dalam seliter air. Sungkupan penuh dibuat 3 hari selepas menyemai. Ubah dan tanam anak-anak benih ke atas batas yang telah disediakan selepas 3-4 minggu disemai.

Penjagaan

Baja organik seperti tahi ayam boleh digunakan sebagai baja asas. Baja ini digaulkan ke dalam batas. Lebih kurang 5 tan metrik baja ini diperlukan untuk sehektar. Sebagai panduan, kadar pembajaan yang disyorkan oleh MARDI (100 kg N, 23 kg P205, 144 kg, K20/ha) boleh diamalkan:-

  • 4 hari dan 10-14 hari lepas mengubah

  • Gunakan 240 gm Sulphate of Amonia, 24 kg Triple Superphosphate dan 120 kg Muriate of Potash untuk sehektar.

  • Baja digaul dan ditabur diantara lorong-lorong pokok

Menyiram

Bayam memerlukan air yang banyak untuk pembesarannya. Dalam musim panas dua kali siraman adalah memadai.

Sungukupan

Sungkupan diletakkan di atas batas selepas menabur benih atau mengubah. Gunakan pelepah kelapa atau rumput-rumput kering sebagai bahan sungkupan. Sungkupan boleh mengawal kehilangan air, mengawal pertumbuhan rumput-rampai serta memperbaiki struktur dan kesuburan tanah.

Merumput

Kawalan rumput rumpai dilakukan sepanjang masa. Merumput boleh dilakukan dengan tangan.

Musuh Tanaman Bayam dan Cara Kawalan

enis Musuh Kerosakan Kawalan
Ulat pangkas
(Agrotis ypsilon Rott.)

Kerosakan pada bayam hijau. Potong batang dan anak benih diparas tanah pada waktu malam. Ulat memotong batang anak benih diparas permukaan. Sembur racun serangga seperti Trichlorphon dengan kadar 0.1% bahan aktif di sekeliling anak-anak benih.
Ulat ratus
(Prodenia litura F)
Larvanya memakan daun.
Sembur dengan racun serangga seperti Trichlorphon dengan kadar 0.1% bahan aktif.
Agrotis ypsilon

Kerosakan pada bayam merah.
Potong batang dan anak benih diparas tanah pada waktu malam.
Gunakan umpan trichlorfon dan dedak dengan kadar 1:20

 

Penyakit Bayam dan Kawalan

Jenis Musuh Kerosakan Kawalan
Hawar melecuh
(Cysstobus bliti.)
Terdapat tompok-tompok putih pada daun. Bayam jenis daun bujur adalah lebih tahan kepada penyakit ini. Amalkan tanaman giliran. Tiada kawalan kimia yang berkesan. Tanam bayam pada kawasan baru yang bebas daripada penyakit.
Lecuh anak benih
(Phythium aphanidermatum)
Penyakit ini disebabkan kulat.
Bahagian pangkal pokok menjadi
reput dan pokok akan mati.
Tanam di tanah yang mempunyai saliran elok. Amalkan giliran. Elakkan menyiram berlebihan. Gaulkan 3 gm Thiram (80 WP) dengan 100 gm biji benih sebelum menyemai.


Memungut Hasil

Bayam boleh dipungut 3-4 minggu selepas ditanam atau apabila pokok mencapai 20-25 cm tinggi. Kutipan dibuat 3-7 hari sekali. Pokok dicabut atau dipotong batangnya.

 

 

KEMBALI KE INFOTANI DAN TEKNOLOGI

 Youtube Jabatan Pertanian Perak Webmobile Jabatan Pertanian Perak

Pengguna Berdaftar

Arkib Keratan Akhbar

Artikel Akhbar
Artikel Akbar dari akhbar tempatan boleh didapati disini.

Sebut Harga / Tender

YOOaccordion

Senarai Sebut Harga / Tender.

 

Daftar Kontraktor

buku tetamu
Prosidur : Pendaftaran Kontraktor dan Pembekal

Cantik & Sihat

YOOaccordion

Tips dari Buku Cantik & Sihat

Buku Tetamu

buku tetamu
Buku Tetamu : Komen dan pandangan
MOA Jabatan Pertanian DOF MARDI FAMA LKIM LPP Agrobank MADA KADA MPIB TEKUN TEKUN rakanagro natc
MYGovernment 1malaysia taman pertanian malaysia mysms myideas MSCMalaysia MAMPU BLESS IIM SME SME
Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) Afro-Asian Rural Development Organization (AARDO) Plants Committee on Convention of Species of Wild Fauna and Flora (CITES)   World Trade Organization (WHO) Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC) Japan International Cooperation Agency (JICA) Ministry of Agriculture, Forestry and Fisheries of Japan (MAFF) International Plant Protection Convention (IPPC)
SUK Perak Peraknews KPerak Perbadanan Pertanian Negeri Perak PSDC Jabatan Perikanan Perak Jabatan Veterina Perak JPS Perak BERNAS