Artikel

Cetak

TANAMAN BONSAI BUAH-BUAHAN

(sumber: Agromedia Bil.8/2000)

 


Kaedah ini menghadkan pertumbuhan akar sekaligus mengecilkan saiz tanaman. Walaupun kaedah ini telah lama diamalkan pada tanaman bunga-bungaan, namun konsep tanaman bonsai boleh dimajukan pada tanaman buah-buahan tanpa menjejaskan pengeluaran hasilnya. Kaedah pembatasan akar dapat mengawal tumbesaran pokok buah-buahan secara berkesan dan mengurangkan kejadian "mabuk daun". Pokok yang bersaiz kecil seperti jenis renek mudah dijaga dan lebih banyak bilangan pokok dapat ditanam dalam sesuatu kawasan. Kerja-kerja merenek yang mudah ini memerlukan pengetahuan tentang jenis tanaman, peralatan dan kaedah yang digunakan.

Jenis tanaman

Semua jenis buah-buahan yang mempunyai akar tunjang sesuai untuk direnekkan. Umur yang sesuai bagi tanaman yang hendak direnekkan ialah antara 8 bulan hingga 1 tahun iaitu tidak terelalu muda atau terlalu tua. Pokok buah-buahan yang berakar cetek tidak sesuai direnekkan kerana ia akan mudah rebah.

Jenis bekas, bahan dan kaedah penanaman

Bekas untuk menanam yang terdapat di pasaran sekarang diperbuat daripada bahan fabrik geo-tekstil, poliprolina, polietilena dan pembentung simen (culvert). Bekas daripada bahan fabrik perlu dipotong bersesuaian dengan jenis tanaman. Sekiranya culvert digunakan, permukaan bawahnya hendaklah ditutup dengan simen, kecuali lubang-lubang kecil yang perlu dikekalkan supaya air tidak bertakung. Bekas ini dimasukkan ke dalam lubang untuk menanam pokok.

Tanaman yang telah dipilih ditanam dalam bekas yang telah diisi dengan campuran tanah yang baik, diberi air dan kadar pembajaan yang cukup. Saiz bekas yang digunakan bergantung pada umur pokok. Biasanya bekas yang digunakan berbentuk bulat atau segi empat berukuran lebih kurang 1 meter permukaan atas dan 0.6 meter dalam. Bekas ini akan menentukan saiz pokok. Pertumbuhan dan perkembangan akar akan terbatas di dalam bekas ini. Kaedah pembatasan akar ini akan mengurangkan pengambilan makanan dan air, lantas pokok tertahan daripada menjadi lebih besar lalu menjadi kerdil/renek.

Faedahnya

Pokok yang direnekkan cepat berbunga dan berbuah kerana zat makanan disalurkan terus kepada buah dan pokok tidak 'mabuk daun'. Luas kanopi dan dahannya yang kecil mudah dipangkas. Rupabentuk pokok lebih menarik, dan buahnya mudah dibungkus. Namun hasil yang diperolehi pada musim buah yang pertama tidaklah begitu banyak atau mungkin berkurangan berbanding dengan pokok biasa. Walau bagaimanapun yang mustahaknya buah tetap ada.

Sekiranya pokok direnekkan, jumlah atau bilangan tanaman dalam sesuatu kawasan dapat ditambah. Walaupun buah yang dihasilkan daripada setiap pokok agak kurang, namun dengan jumlah tanaman yang banyak, secara tidak langsung akan dapat meningkatkan hasil. Hasil yang diperolehi pula dapat menampung kos pembajaan, merumput dan meracun. Pokok yang kecil mudah dijaga dan jumlah penggunaan air dapat dikurangkan. Oleh itu, secara tidak langsung kos dan tenaga pekerja dapat dijimatkan.

Terdapat kaedah lain bagi mengawal saiz pokok melalui pengawalan ketinggiannya. Amalan ini termasuklah mencantas, memangkas, menggunakan klon jenis kerdil dan menggunakan bahan kimia. Kaedah mencatas masih belum berjaya sepenuhnya kerana pucuk muda keluar terlalu cepat dan pengawalan saiz tidak berkesan. Dengan penggunaan klon pula, pokok penanti tidak mudah diperolehi. Manakala, penggunaan bahan kimia seperti paclobutrazol pula adalah mahal dan berbahaya kepada kesihatan.

Sekiranya ketinggian pokok dapat dikawal, pengurusan penjagaan tanaman dapat dilakukan dengan mudah dan cepat. Peralatan yang ringan boleh digunakan dan tidak banyak menggunakan tenaga kerja.

Kosnya

Kos yang rendah sangat penting. Ia bergantung pada banyaknya tanaman dan jenis bekas yang hendak digunakan. Pembentung simen terpakai atau bahan fabrik geo-teksil boleh digunakan. Kos untuk satu pembentung simen lebih kurang RM30.00 manakala fabrik geo-teksil RM5.00 bagi setiap lubang.

 

 

KEMBALI KE INFOTANI DAN TEKNOLOGI

 Youtube Jabatan Pertanian Perak Webmobile Jabatan Pertanian PerakWebmobile Jabatan Pertanian PerakWebmobile Jabatan Pertanian Perak
 

Pengguna Berdaftar

Berita Terkini

Artikel Akhbar
Berita Terkini || Berita Terkini mengenai aktiviti dan maklumat
yang berkaitan dengan Jabatan Pertanian Negeri Perak.

Pengumuman

Artikel Akhbar
Pengumuman || Pengumuman Terkini yang berkaitan dengan
Jabatan Pertanian Negeri Perak.

Sebut Harga & Tender

YOOaccordion

Senarai Sebut Harga / Tender.

 

Cantik & Sihat

YOOaccordion

Tips dari Buku Cantik & Sihat

Keratan Akhbar

Artikel Akhbar
Artikel Akbar dari akhbar tempatan boleh didapati disini.
MOA Jabatan Pertanian MYGovernment MARDI FAMA LKIM LPP Agrobank MADA KADA MPIB TEKUN TEKUN rakanagro natc
SUK Perak Peraknews BERNAS mysms KPerak MSCMalaysia MAMPU Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC) Afro-Asian Rural Development Organization (AARDO) Perbadanan Pertanian Negeri Perak