Artikel

Cetak

FERTIGASI SECARA 'AUTOPOT'

Fertigasi mengandungi autopot adalah satu kaedah terkini di mana baja lengkap dalam bentuk larutan nutrien diagihkan ke pot tanaman melalui sistem pengairan (titisan).

Fertigasi: Maksud sebenar dalam sains pertanian ialah "Cara Pemberian Makanan Kepada Tanaman". Fertigasi Aautopot bermaksud: "Kaedah terkini, iaitu apabila baja lengkap dalam bentuk nutrien diagihkan ke dalam bentuk larutan nutrien diagihkan ke pot tanaman melalui sistem pengairan (titisan)". Keperluan paras air atau larutan nutiren dikawal oleh smart valve. Pokok ditanam dalam polibeg yang mengandungi serpihan batu-batan dan polibeg ini diletak dalam autopot. Autopot pula dibuat daripada High Density Poliethelin dan jangka hayatnya tahan selama lebih kurang 5-10 tahun.

Tanaman yang paling sesuai dan ekonomik ditanam adalah rock melon, cili dan tomato kerana seiring keadaan harga pasarannya yang agak tinggi dan permintaan yang mantap sepanjang tahun. Tanaman lain seperti timun jepun, terung, kacang bendi, kacang panjang, peria, petola dan bunga-bungaan juga boleh ditanam menggunakan kaedah ini.

Kaedah

Keperluan asas yang diperlukan ialah:-

  • rumah pelindung hujan
  • sistem pengairan
  • baja (khas) untuk fertigasi
  • peralatan pH dan EC meter.
  • sumber air bersih.
  • bekas tanaman di ladang dan semaian (polibeg dan autopot).
  • media tanaman (pecahan batu-batan)
  • biji benih terpillih.

     

Keadaan Penanaman:

Penyediaan larutan stok. Terdapat dua kaedah, iaitu yang pertama ialah dengan menggunakan larutan baja yang sudah dijual dan dikhaskan untuk sistem fertigasi dan yang kedua ialah dengan menggunakan kaedah secara manual.

  • Kaedah penyediaan stok dengan menggunakan baja yang dikhaskan
    Terdapat dua stok, A dan B. Campuran baja dilarutkan ke dalam air berukuran 100 liter dalam bekas Stok A.
    Campuran baja B juga dilarutkan ke dalam air berukuran 100 liter dalam bekas Stok B. Kemudian disimpan di tempat yang teduh dan tidak terlalu terdedah kepada cahaya matahari.
  • Kaedah penyediaan stok baja dengan menggunakan kaedah secara manual
    Sediakan formulasi ini terlebih dahulu dalam sebuah bekas (bekas C).

    Set A

    Kuantiti (g)

    Kalsium nitrat
    Iron (EDTA)

    18.720
    328

    Kalium nitrat
    Monokaliumhydrogen fosforan
    Magnesium sulfate
    Manganese sulfate
    Asid borik
    Zingkam sulfate
    Kumprum sulfate
    Ammonium molibate

    16.240
    5.260
    9.840
    30
    60
    4.4
    1.56
    0.36

Kemudian masukkan set A ke dalam bekas A berukuran 100 liter air. Masukkan set B ke dalam bekas B brukuran 100 liter air. Masukkan kedua-dua larutan ke dalam tangki C mengikut kepekatan yang ditetapkan. Sila lihat jadual di bawah:-

 

Umur pokok
(minggu)
Kepekatan (EC)
Tangki C
Kepekatan (EC)
Autopot
1-2
2-4
4-6
6-7
8-9
>10
1.6
1.7
1.8
1.9
20 - 2.2
2.4 - 2.5
1.7
1.8
1.9
2.0
2.3 - 2.5
2.6 - 3.0

Penting:
Prestasi perkembangan tanaman adalah bergantung kepada kepekatan larutan yang diberikan. Kepekatan yang terlalu tinggi ataupun rendah akan menyebabkan berlaku masalah kepada tanaman, sama ada terbantut ataupun mati akibat kandungan bahan larutan yang terlalu tinggi.

Semaian Anak Benih

Sebiji benih ditanam di dalam media Jiffy 7 (dibua daripada cocopeat) yang direndam di dalam air.
Sediakan polibeg berlubang berisikan batu batan.
Anak benih bersama-sama dengan Jiffy 7 dipindahkan ke dalam polibeg.
Polibeg diletakkan ke dalam pot.

Penjagaan:

Menyukat kondutiviti (E.C.)
Menyukat pH larutan baja
Menyembur racun serangga dan kulat.
Membuang tunas air, akar yang berlebihan di dalam autopot.
Membuat terillis.
Memilih serta membalut buah dan mengutip hasil

Kebaikan Sistem Fertigasi Autopot

  • Dapat mengelak serangan penyakit, perosak dan rumpai daripada tanah dan media.
  • Hasil pengeluaran yang tinggi.
  • Pertumbuhan pokok yang sekata.
  • Penjimatan air dan baja sebanyak 30%.
  • Boleh diusahakan 4-5 kali setahun.
  • Hayat simpanan (shelf life) buah yang lebih lama.

Anggaran keuntungan bagi 300 autopot dalam jangka masa 3 bulan:

Perkara

Jumlah (RM)

Jumlah pendapatan kasar
(5,500 kg @ RM3.50 sekilogram)

19,250.00

Kos perbelanjaan
(kos pembangunan + penyelenggaraan)
7,700.00
Pendapatan bersih 11.550.00
Pendapatan bersih bulanan 3.850.00
Nisbah kos dan keuntungan 1:2:5

 

 

 

KEMBALI KE INFOTANI DAN TEKNOLOGI

 Youtube Jabatan Pertanian Perak Webmobile Jabatan Pertanian Perak

Pengguna Berdaftar

Arkib Keratan Akhbar

Artikel Akhbar
Artikel Akbar dari akhbar tempatan boleh didapati disini.

Sebut Harga / Tender

YOOaccordion

Senarai Sebut Harga / Tender.

 

Daftar Kontraktor

buku tetamu
Prosidur : Pendaftaran Kontraktor dan Pembekal

Cantik & Sihat

YOOaccordion

Tips dari Buku Cantik & Sihat

Buku Tetamu

buku tetamu
Buku Tetamu : Komen dan pandangan
MOA Jabatan Pertanian DOF MARDI FAMA LKIM LPP Agrobank MADA KADA MPIB TEKUN TEKUN rakanagro natc
MYGovernment 1malaysia taman pertanian malaysia mysms myideas MSCMalaysia MAMPU BLESS IIM SME SME
Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) Afro-Asian Rural Development Organization (AARDO) Plants Committee on Convention of Species of Wild Fauna and Flora (CITES)   World Trade Organization (WHO) Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC) Japan International Cooperation Agency (JICA) Ministry of Agriculture, Forestry and Fisheries of Japan (MAFF) International Plant Protection Convention (IPPC)
SUK Perak Peraknews KPerak Perbadanan Pertanian Negeri Perak PSDC Jabatan Perikanan Perak Jabatan Veterina Perak JPS Perak BERNAS