Artikel

Cetak

PENGURUSAN AIR DI TANAH MASAM

(sumber: Agromedia Bil. 8/1999)

 

 

Telah diketahui umum bahawa tanah asid sulfat adalah masam (acidic). Maka, airnya juga masam dan tidak sesuai untuk tanaman. Oleh itu di kawasan tanah berasid hanya air hujan sahajalah satu-satu sumber air yang ada dan sesuai untuk tanaman. Ia penting bagi sistem pengairan tanah berasid. Pengurusan air yang cekap dan berkesan boleh meningkatkan mutu hasil tanaman ladang.

Pengurusan air yang dimaksudkan ialah kaedah membekalkan air secara tiruan bagi menggantikan air yang hilang daripada tanah atau mengalirkan air yang berlebihan keluar, supaya hasil tanaman yang memuaskan diperolehi. Kaedah ini melibatkan kerja-kerja seperti perancangan, reka bentuk, pembinaan dan operasi. Perancangan kerja-kerja ini memudahkan penghantaran air dari punca bekalan ke ladang.

Bagi mengumpul dan menakung air hujan, sebuah kolam berukuran 60 m panjang, 50 m lebar dan 1 m dalam diperlukan. Bagi institusi penyelidikan ia boleh dibina berhampiran dengan bangunan pejabat, makmal atau rumah kaca. Bagi petani pula ia boleh dibina berhampiran rumah kediaman mereka. Bahagian dasar dan tebing kolam ditutup dengan plastik ('high density polyethylene membrane'). Plastik jenis ini dapat mengelakkan air yang ditakung meresap keluar dan air tanah yang masam tidak meresap masuk ke dalam kolam. Telah dilaporkan bahawa plastik jenis ini tahan digunakan selama lebih 20 tahun. Air hujan yang turun dari bahagian atap bangunan disalurkan ke dalam kolam. Kolam yang dibina ini mampu menakung sebanyak 3 juta liter air dan cukup untuk kegunaan di ladang sepanjang tahun.

Sebuah pam berkuasa elektrik diletakkan di sudut kolam. Ia berfungsi untuk mengepam air ke ladang melalui paip PVC. Dari sini, air disalurkan ke petak kajian atau batas tanaman melalui paip polietilena. Terdapat dua jenis pengairan yang boleh digunakan, iaitu pengairan percikan (menggunakan jet penyembur) atau pengairan titisan (menggunakan spot vortex emitter). Air dipam dua kali sehari. Setiap kali selama 20 hingga 30 minit. Kolam air ini bukan sahaja dapat membekalkan air untuk tanaman, tetapi juga menjadikan pemandangan lebih cantik dan menarik.

Parit utama perlu digali di kawasan ladang bagi membolehkan air yang berlebihan dialirkan kelaur, terutamanya ketika musim hujan. Kebersihan parit amat perlu supaya pengaliran air tidak tersekat.

 

 

KEMBALI KE INFOTANI DAN TEKNOLOGI

 Youtube Jabatan Pertanian Perak Webmobile Jabatan Pertanian Perak

Pengguna Berdaftar

Arkib Keratan Akhbar

Artikel Akhbar
Artikel Akbar dari akhbar tempatan boleh didapati disini.

Sebut Harga / Tender

YOOaccordion

Senarai Sebut Harga / Tender.

 

Daftar Kontraktor

buku tetamu
Prosidur : Pendaftaran Kontraktor dan Pembekal

Cantik & Sihat

YOOaccordion

Tips dari Buku Cantik & Sihat

Buku Tetamu

buku tetamu
Buku Tetamu : Komen dan pandangan
MOA Jabatan Pertanian DOF MARDI FAMA LKIM LPP Agrobank MADA KADA MPIB TEKUN TEKUN rakanagro natc
MYGovernment 1malaysia taman pertanian malaysia mysms myideas MSCMalaysia MAMPU BLESS IIM SME SME
Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) Afro-Asian Rural Development Organization (AARDO) Plants Committee on Convention of Species of Wild Fauna and Flora (CITES)   World Trade Organization (WHO) Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC) Japan International Cooperation Agency (JICA) Ministry of Agriculture, Forestry and Fisheries of Japan (MAFF) International Plant Protection Convention (IPPC)
SUK Perak Peraknews KPerak Perbadanan Pertanian Negeri Perak PSDC Jabatan Perikanan Perak Jabatan Veterina Perak JPS Perak BERNAS