Artikel

Cetak

MENYEDIA DAN MENYEMAI BENIH SAYUR

Sayur-sayuran biasanya dibiakkan melalui dua cara iaitu menggunakan biji benih dan menggunakan tampang.

  1. Menggunakan Biji Benih
    Diamalkan untuk semua sayuran jenis buah, kebanyakan sayuran jenis daun dan batang serta sayuran kekacang (contoh: cili, terong, tomato, timun, sawi, kacang panjang dan sebagainya).

  2. Menggunakan Tampang
    Cara ini menggunakan keratan sulur, umbisi dan bawang. Kaedah ini diamalkan untuk kebanyakan sayuran jenis umbisi dan beberapa jenis sayuran daun (contoh: keladi, halia, cekur manis, bawang dan lain-lain).

BAGAIMANA MENDAPATKAN BENIH YANG BAIK

Benih yang baik akan menjamin hasil yang tinggi. Oleh itu benih hendaklah dipilih dan disediakan sebaik-baik sebelum menyemai atau menanam. Oleh itu,

  • dapatkan jenis yang tulin
  • pilih dari pokok yang sihat sahaja
  • ambil benih yang betul-betul matang atau masak di pokok
  • pilih benih yang sempurna bentuk dan tidak cacat
  • hendaklah benih yang bernas dan cergas.

Benih hendaklah dipungut apabila cukup matang. Kelewatan memungut benih akan menyebabkan gugur sendiri atau rosak dan akan merugikan. Cara menyedia benih bergantung kepada jenis sayuran dan juga bentuk benih seperti biji benih, rizom, keratan dan sulur.

    1. Buah kering
      Pokok/buah dituai apabila daun-daun/buahnya telah kuning dan benih telah cukup matang. Keringkan/emus di panas matahari. Banting atau picit ataupun menggunakan mesin untuk meleraikan biji benih. Rawat biji benih sebelum disimpan (contoh: sawi, bayam, jenis kekacang, bendi).
    2. Buah berisi
      Pungut buah apabila telah matang. Keringkan buah sebelum mengeluarkan biji benih. Koyak kulit buah atau potong dan keluarkan biji benih dengan pancutan air. Bersih dan keringkan biji benih. Rawat biji benih sebelum disimpan (contoh: cili, peria, petola, labu dan sebagainya).
    3. Buah berisi dan berair
      Pungut buah apabila cukup matang. Keluarkan biji benih bersama palpa dan rendam selama 2-5 hari. Kacau campuran ini bagi menanggalkan lendir yang menyelaputi bijinya dan cuci hingga bersih. Biji benih perlulah dikeringkan ke panas matahari (contoh: tomato, timun dan sebagainya).

 

    1. BIJI BENIH

Sumber biji benih selalunya diperolehi daripada buah yang dikelaskan seperti berikut:-

Untuk mengelakkan serangan penyakit dan musuh biji, benih perlu dirawat dengan racun kulat seperti thiram dan racun serangga seperti gamma BHC. Biji benih disimpan di dalam bekas yang kedap udara seperti tin, plastik, botol dan sebagainya.

    1. RIZOM / BEBAWANG

Pungut semua rizom/bebawang yang telah tua dan pilih yang elok untuk dicambah. Simpan rizom bebawang di tempat teduh dan berangin selama 2-3 minggu untuk percambahan tunas-tunas. Kerat rizom sebelum ditanam dan tiap-tiap rizom hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya dua matatunas. Sayuran yang dibiakkan dengan menggunakan rizom dan bebawang termasuklah halia, lengkuas, kunyit, bawah merah dan sebagainya.

    1. KERATAN

Keratan hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya tiga buku. Tanam keratan terus ke ladang/batas atau jika perlu semai dahulu di tapak semaian berpasir untuk pengeluaran akar. Jenis sayuran termasuklah kangkung, cekur manis, selom dan sebagainya.

  • SULUR

Pilih sulur-sulur dari pokok ibu yang subur. Potong daunnya dan tanam ke batas/ladang dengan jarak yang disyorkan. Contoh: keladi.


RAWATAN BENIH

Rawatan benih ialah perlakuan terhadap benih dengan kaedah-kaedah tertentu, untuk beberapa tujuan seperti memelihara benih daripada serangan perosak dan mempercepatkan percambahan. Kaedah-kaedah rawatan adalah seperti berikut:

  • Racun Kulat / Serangga
    Rawatan benih dengan racun kulat/serangga sebelum menanam untuk mengawal serangan perosak seperti musuh dan penyakit. Racun kulat yang selalu digunakan ialah thiram (80% WP) dengan kadar 3g/100g biji benih dan racun serangga iaitu gamma BHC.
  • Air Panas
    Rawatan dengan air panas boleh juga dilakukan untuk mencegah kerosakan benih oleh penyakit. Rendam biji benih dalam air panas bersuhu 50 darjah C selama 25 minit sebelum menanam.
  • Air Biasa
    Biji benih direndam dalam air biasa selama 4-5 jam untuk mempercepatkan percambahan.


TEKNIK MENYEMAI / MENANAM BENIH

Teknik menyemai / menanam benih bergantung kepada jenis sayuran. Umumnya teknik ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu:-

  • menyemai dan mengubah
  • menanam terus benih ke batas / ke ladang


Menyemai dan Mengubah

Diamalkan untuk benih yang bersifat seperti berikut:-

- berbiji kecil dan menghasilkan anak pokok yang lembut/lemah.
- jenis sayuran yang lambat pertumbuhannya dan memerlukan jagaan yang sempurna.
- biji benih yang kuantitinya terhad terutama jenis yang diimport.
- bjii benih yang mahal harga.
- keratan yang lambat / sukar mengeluarkan akar.

Bagi yang memerlukan tapak / bekas semaian khas yang mengandungi tanah subur iaitu:-

- kotak kayu / plastik yang dalamnya 10-15 cm atau batas semaian berukuran 1m lebar dan 30-45 cm tinggi
atau beg plastik, kerek daun atau kertas.

- biji benih disemai dalam kotak atau di batas dengan jarak masing-masing 5 cm ataupun di dalam beg
plastik sebanyak 2-3 biji dengan jarak 2-3 cm antara biji benih.

Melibatkan kerja mengubah iaitu:-

- ubah anak benih yang berumur 3-5 minggu ke batas di ladang.
- pilih dan ubah anak benih yang sihat sahaja.

Menanam Terus Benih ke Batas / Ladang

Kenapa menanam terus?

- pertumbuhan pokok akan terjejas jika diubah.
- benih yang murah harganya.
- kekurangan tenaga buruh.
- sayuran yang sistem akarnya lambat pulih.
- benih yang kuantitinya tidak terhad dan mudah didapati.

Bagaimana cara menanam terus?

Ada dua cara iaitu:-

- cara serakan atau tanam jalur.
- cara tugalan.

Cara Serakan atau Tanam Jalur

- cara ini mudah dan murah.
- boleh digunakan tangan atau mesin.
- selalu diamalkan untuk sayuran tempatan yang berbiji kecil dan memerlukan kepadatan yang tinggi.
- biji benih perlu digaul dengan pasir halus atau tanah peroi sebelum ditabur secara serakan atau ditabur ikut
jaluran.
- apabila anak pokok setinggi 5 cm, kerja penjarangan dibuat dengan mencabut anak-anak pokok yang tumbuh
terlalu tebal. Sulamkan anak-anak pokok yang dicabut ke tempat yang kosong.
- kelemahan cara ini ialah susah mengawal rumpai dan mudah diserang penyakit
(contoh: kangkong, bayam, sawi, lobak dan sadri)

Cara Tungal Mengikut Jarak Tertentu

  • Diamalkan untuk sayuran yang berbiji benih besar/kasar, keratan, sulur, umbisi atau bebawang.

  • Biji benih besar/kasar.
    Tanam 2-3 biji benih selubang. Jarak lebih kurang 2-3 cm antara biji benih. Buat penjarangan apabila semaian berumur 2-3 minggu. Tinggalkan hanya sepokok yang sihat pada setiap lubang.

Sulur / Rizom / Bebawang
Tanam satu benih sahaja pada setiap lubang dengan jarak tertentu. Tanam biar matatunas menghala ke atas.

Keratan
Tanam 2-3 keratan selubang dengan jarak tanam yang sesuai.


BAGAIMANA CARA MENJAGA DAN MENGURUS SEMAIAN

    1. Jangan semai terlalu rapat untuk mencegah penyakit lecuh anak benih dan memudahkan penjarangan dibuat.
  • Jangan menyiram terlalu kerap.
  • Lindungi semaian dari panas terik dan hujan lebat dengan membuat para perlindungan.
  • Gunakan sungkupan selepas menyemai terutama biji benih yang ditanam terus. Buang sungkupan apabila biji benih telah bercambah.
  • Bagi semaian kotak/batas, sembur dengan larutan urea (4g/liter air) di minggu kedua.
  • Kawal rumpai untuk menjauhkan penyakit dan menghindarkan persaingan dengan tanaman.
  • Kawal musuh dan penyakit dengan amalan pertanian atau dengan racun kimia jika perlu.
  • Sebelum mengubah semaian ke batas, dedahkan anak-anak pokok ke matahari secara berperingkat-peringkat selama 2-3 hari untuk melatihnya supaya biasa dengan keadaan di ladang.
  • Siram kotak atau batas semaian sebelum mengubah bagi memudahkan cabutan anak benih.
  • Cabut anak benih bersama tanah di kelilingnya bagi mengelakkan kerosakan akar yang teruk

 

 

KEMBALI KE INFOTANI DAN TEKNOLOGI

 Youtube Jabatan Pertanian Perak Webmobile Jabatan Pertanian PerakWebmobile Jabatan Pertanian PerakWebmobile Jabatan Pertanian Perak
 

Pengguna Berdaftar

Berita Terkini

Artikel Akhbar
Berita Terkini || Berita Terkini mengenai aktiviti dan maklumat
yang berkaitan dengan Jabatan Pertanian Negeri Perak.

Pengumuman

Artikel Akhbar
Pengumuman || Pengumuman Terkini yang berkaitan dengan
Jabatan Pertanian Negeri Perak.

Sebut Harga & Tender

YOOaccordion

Senarai Sebut Harga / Tender.

 

Cantik & Sihat

YOOaccordion

Tips dari Buku Cantik & Sihat

Keratan Akhbar

Artikel Akhbar
Artikel Akbar dari akhbar tempatan boleh didapati disini.
MOA Jabatan Pertanian MYGovernment MARDI FAMA LKIM LPP Agrobank MADA KADA MPIB TEKUN TEKUN rakanagro natc
SUK Perak Peraknews BERNAS mysms KPerak MSCMalaysia MAMPU Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC) Afro-Asian Rural Development Organization (AARDO) Perbadanan Pertanian Negeri Perak