Artikel

Cetak

MEMILIH ANAK POKOK BUAH-BUAHAN YANG BERKUALITI DI TAPAK SEMAIAN

Satu cara yang mudah untuk mengetahui sama ada pokok yang ditanam itu sihat atau tidak adalah melalui panjang pucuknya. Pokok yang sihat dan segar akan menunjukkan pertumbuhan pucuk yang menggalakkan dan daunnya lebar serta berkilat. Kebanyakan daunnya berwarna hijau muda dan pucuk baru sentiasa tumbuh.

Bagi mereka yang baru menceburi bidang perkebunan, memang sukar untuk mengenali anak benih buah-buahan yang sihat dan cepat membesar. Pada amnya, anak pokok yang ditanam di dalam polibeg kelihatan sama sahaja dari segi ketinggian dan kesegarannya. Namun apabila diteliti dari dekat, memang ada perbezaan. Walaupun ketinggiannya kelihatan serupa, kecil atau besar saiz anak benih pokok tersebut bergantung pada sihatnya biji benih yang digunakan dan kandungan genetiknya. Selain itu, ia juga bergantung pada pengurusan anak benih di tapak semaian.

Perlunya Memilih Anak Pokok Yang Sihat

Anak pokok yang sihat sama ada daripada jenis cantuman, biji benih atau tut sangat penting terutamanya untuk menghasilkan kemandirian sepenuhnya. Ia juga tahan terhadap serangan penyakit dan serangga serta cepat pulih daripada kejutan pengubahan. Sebelum ditanam, anak pokok harus menjalani proses pengerasan (hardening). Jurteru itu, ia dapat menyesuaikan diri apabila ditanam di ladang dan dapat hidup dengan subur. Dengan itu secara tidak langsung kos pengendaliannya dapat dikurangkan.

Mengenali Anak Pokok Yang Sihat

Bagi seseorang yang pakar, anak pokok yang sihat mudah dikenali. Pertama, anak benih tersebut masih mengeluarkan pucuk yang hijau muda. Kedua, batang pokok kelihatan kehijau-hijauan dan segar. Ketiga, daun kelihatan berkilat. Ini bermakna akar di dalam polibeg belum mengalami pembatasan dan akar muda berwarna putih masih tumbuh dan dikelilingi oleh akar rerambut. Pertumbuhan pokok tidak terbantut dan jarak ruas daunnya besar, keluasan helaian daun juga besar dan berwarna hijau muda. Batang anak pokok berwarna hijau tua bukannya coklat atau perang.

Mengenali Anaki Benih Yang Kurang Baik

Pada amnya anak pokok yang terlalu lama di dalam polibeg di tapak semaian mengalami kesan 'pembatasan akar'. Keadaan ini terjadi apabila terlalu banyak akar terkumpul dan pembesaran akar di dalam polibeg telah mencapai tahap maksimum. Ini menyebabkan ruang di dalam medium polibeg menjadi sempit dan terbentuknya gumpalan akar. Akar kelihatan bersimpul-simpul, keras dan berwarna coklat mengelilingi polibeg. Tanah ini dalam polibeg pula menjadi mampat. Pokok akan terbantut, daunnya kehitam-hitaman, ruas dan lilitan batang mengecil dan pendek serta kurang pertumbuhan pucuk muda. kesan ini akan mengurangkan pengambilan air dan makanan, maka anak benih yang terbantut seperti ini lambat membesar.

Pokok yang terbantut perlu dicantas akarnya. Polibegnya perlu ditukar kepada saiz yang lebih besar dengan campuran tanah yang sesuai atau diberi pembajaan melalui daun. Selain itu, dahan atau ranting yang kecil menjadi cepat tua. Kadangkala dahan-dahan tersebut diserang penyakit mati rosot. Oleh itu kita hendaklah berhati hati apabila memilih atau membeli pokok.

Pemulihan anak benih juga dapat dilakukan melalui cantasan akar, iaitu akar yang tua dan keras yang 'berpusing-pusing' di sekeliling polibeg dibuang. Akar yang dibuang tidak akan memberi kesan pada pokok terutamanya pokok rambutan, mangga dan belimbing. Cantasan akar ini sesuai dilakukan pada pokok durian dan manggis. Akar rerambut baru yang berwarna putih akan tumbuh setelah cantasan dibuat dan ketumpatan akar dapat dikurangkan. Kesan pembatasan akar yang terlalu lama di tapak semaian, menyebabkan pertumbuhan akar dan pokok terganggu.

Ketulenan Anak Benih

Mengenal pasti anak benih yang tulen sangatlah sukar melainkan melalui kepakaran. Piawaian untuk mengenal anak pokok yang tulen belum ada lagi, tetapi nasihat boleh didapati daripada pakar pertanian.

Penjimatan Kos

Pemilihan anak pokok yang seragam dan sihat akan dapat menghasilkan keseragaman pertumbuhan di ladang dan kesuburan tanah serta mengurangkan kos penjagaan. Pokok yang cepat membesar mudah dijaga berbanding dengan pokok yang kecil. Pokok yang sihat mempunyai pertumbuhan akar yang cepat untuk menyerap nutrien dan air dari tanah. Dianggarkan bahawa kos penjagaan dapat dikurangkan sebanyak 10-30% sekiranya pokok yang bakal ditanam itu sihat.

Sumber: Agromedia Bil. 15

KEMBALI KE INFOTANI DAN TEKNOLOGI

 Youtube Jabatan Pertanian Perak Webmobile Jabatan Pertanian Perak

Pengguna Berdaftar

Arkib Keratan Akhbar

Artikel Akhbar
Artikel Akbar dari akhbar tempatan boleh didapati disini.

Sebut Harga / Tender

YOOaccordion

Senarai Sebut Harga / Tender.

 

Daftar Kontraktor

buku tetamu
Prosidur : Pendaftaran Kontraktor dan Pembekal

Cantik & Sihat

YOOaccordion

Tips dari Buku Cantik & Sihat

Buku Tetamu

buku tetamu
Buku Tetamu : Komen dan pandangan
MOA Jabatan Pertanian DOF MARDI FAMA LKIM LPP Agrobank MADA KADA MPIB TEKUN TEKUN rakanagro natc
MYGovernment 1malaysia taman pertanian malaysia mysms myideas MSCMalaysia MAMPU BLESS IIM SME SME
Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) Afro-Asian Rural Development Organization (AARDO) Plants Committee on Convention of Species of Wild Fauna and Flora (CITES)   World Trade Organization (WHO) Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC) Japan International Cooperation Agency (JICA) Ministry of Agriculture, Forestry and Fisheries of Japan (MAFF) International Plant Protection Convention (IPPC)
SUK Perak Peraknews KPerak Perbadanan Pertanian Negeri Perak PSDC Jabatan Perikanan Perak Jabatan Veterina Perak JPS Perak BERNAS