Artikel

Cetak

ASAS PEMBIAKAN TANAMAN

Dipetik dari majalah Transformasi Pertanian Bil. 2/2007

Pada masa kini kebanyakan tanaman dibiakkan dengan berbagai kaedah menggunakan teknologi yang berbeza tetapi melalui asas pembiakan yang sama. Asas pembiakan tanaman yang betul perlu diketahui terlebih dahulu sebelum mengusahakan sesuatu projek pertanian bagi menjamin hasil dan mutu yang dikeluarkan.

Terdapat beberapa asas pembiakan tanaman yang boleh dijadikan panduan oleh umum dalam mengusahakan kultura kebunan. Di bawah ini diterangkan asas pembiakan tanaman yang sering dipraktikkan mengikut kesesuaian tanaman tersebut.

  • Pembiakan Biji Benih

    Tanaman yang dibiakkan melalui biji benih adalah tanaman semusim seperti padi, jagung, sayur-sayuran dan juga tanaman hiasan. Biji benih biasanya mengalami pendebungaan kacuk dan faktor ini tidak menjamin tanaman yang dibiakkan akan menghasilkan anak yang mempunyai ciri-ciri yang sama seperti tanaman yang hendak dibiakkan dengan cara ini, pemilihan biji benih perlu dilakukan untuk mendapatkan baka yang tulen. Pemilihan boleh dibuat dengan mengambilkira beberapa faktor seperti berikut:-

    - pokok induk yang sihat.
    - buah yang cukup masak dan tiada serangan penyakit dan perosak.
    - buah yang normal.
    - buah dipertengahan musim dan terletak di bahagian tengah ladang.

  • Pembiakan Vegetatif (tampang)

    Pembiakan vegetatif atau tampang adalah cara pembiakan dengan menggunakan bahagian tertentu tanaman seperti keratan batang, pucuk, daun dan rizom. Ia dilakukan bagi tanaman yang tidak mengeluarkan biji benih atau sukar berbunga. Kaedah pembiakan ini kerap menjadi pilihan kerana caranya mudah dan dapat menghasilkan pokok dengan baka tulen. Kaedah ini juga dapat memendekkan tempoh matang di mana pokok mengambil masa lebih pendek untuk berbunga atau berbuah, tetapi tumbesaran tanaman dengan cara ini adalah terhad. Kaedah keratan, tut, cantuman, belahan rumpun dan bebawang selalu dilakukan tetapi kejayaan pembiakan ini bergantung kepada pemilihan bahan tanaman, keadaan iklim, tanah, air dan juga kemahiran.

    Keratan batang terbahagi kepada keratan batang keras, sederhana dan lembut. Bahagian tanaman yang sihat serta mempunyai beberapa mata tunas dipilih. Keratan tanaman sepanjang 15-20 cm digunakan. Keratan dipotong serong sedikit di bawah mata tunas atau pangkal ruas. Biasanya daun-daun tanaman dibuang untuk mengelakkan pokok yang disemai kekeringan. Keratan disemai menggunakan media semaian 2:1:1 (dua bahagian tanah, satu bahagian bahan organik dan satu bahagian pasir). Kaedah ini selalu digunakan bagi membiakkan tanaman hiasan.

    Keratan pucuk berdaun digunakan bagi tanaman yang berbatang lembut jenis herba dan renek. Keratan rizom digunakan untuk tanaman seperti kunyit dan halia. Semaian yang dilakukan perlu disiram dan diletakkan di tempat redup sehingga tanaman mengeluarkan pucuk.

    Kaedah tut merupakan cara pembiakan yang biasa digunakan bagi tanaman buah-buahan. Tut melalui proses pembuangan kulit kayu untuk tujuan pengakaran. Kulit ranting atau dahan pokok dengan saiz 1-2 cm garis pusat dipotong kira-kira 5 cm panjang dan dibuang kulitnya. Bahagian yang terdedah disapukan dengan hormon penggalak akar dan ditutupkan dengan tanah campuran. Bahagian tersebut dibalut dengan plastik untuk menghalang kemasukan air dari luar. Media yang digunakan adalah campuran dua bahagian tanah atas dan satu bahagian bahan organik bersama sedikit air.

    Kaedah cantuman sering digunakan bagi mendapatkan klon pokok yang dikehendaki. Cara ini dapat menjamin baka tulen diperturunkan kepada anak oleh induk. Terdapat berbagai kaedah cantuman seperti mata tunas, cantuman baji dan sanding. Kaedah ini kerap digunakan bagi tanaman buah-buahan seperti durian, rambutan dan lain-lain lagi.

    Kaedah belahan rumpun boleh dilakukan bagi pokok yang hidup berumpun. Ia dapat menghasilkan tanaman yang banyak daripada satu induk. Pokok dibelah kepada beberapa belahan yang dikehendaki dan ditanam. Tanaman yang boleh dibiakkan dengan cara ini kebanyakannya terdiri daripada tanaman hiasan.

    Kaedah menanam dengan menggunakan bebawang boleh ditanam terus tanpa perlu disemai. Bahan tanaman dipilih daripada pokok yang sudah tua atau matang. Tanaman yang dibiakkan dengan cara ini antaranya mempunyai peratus hidup yang tinggi. Sayuran jenis bawang dan beberapa pokok hiasan dibiakkan melalui cara ini.

Berbekalkan pengetahuan tentang bahan tanaman, kemahiran dan pengalaman pembiakan pelbagai jenis tanaman boleh dilakukan sendiri yang mampu memberikan kepuasan kepada individu yang menceburi dalam bidang pertanian sama ada sebagai hobi atau komersial.

 

KEMBALI KE INFOTANI DAN TEKNOLOGI

 

 Youtube Jabatan Pertanian Perak Webmobile Jabatan Pertanian Perak

Pengguna Berdaftar

Arkib Keratan Akhbar

Artikel Akhbar
Artikel Akbar dari akhbar tempatan boleh didapati disini.

Sebut Harga / Tender

YOOaccordion

Senarai Sebut Harga / Tender.

 

Daftar Kontraktor

buku tetamu
Prosidur : Pendaftaran Kontraktor dan Pembekal

Cantik & Sihat

YOOaccordion

Tips dari Buku Cantik & Sihat

Buku Tetamu

buku tetamu
Buku Tetamu : Komen dan pandangan
MOA Jabatan Pertanian DOF MARDI FAMA LKIM LPP Agrobank MADA KADA MPIB TEKUN TEKUN rakanagro natc
MYGovernment 1malaysia taman pertanian malaysia mysms myideas MSCMalaysia MAMPU BLESS IIM SME SME
Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) Afro-Asian Rural Development Organization (AARDO) Plants Committee on Convention of Species of Wild Fauna and Flora (CITES)   World Trade Organization (WHO) Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC) Japan International Cooperation Agency (JICA) Ministry of Agriculture, Forestry and Fisheries of Japan (MAFF) International Plant Protection Convention (IPPC)
SUK Perak Peraknews KPerak Perbadanan Pertanian Negeri Perak PSDC Jabatan Perikanan Perak Jabatan Veterina Perak JPS Perak BERNAS