| 29 Januari 2010
PANDUAN MENANAM LABU MANIS PENGENALAN
Labu manis dikenali juga dengan nama labu lemak. Ia berasal dari Amerika Tengah. Selain dibuat sayur, labu manis juga boleh digunakan untuk membuat kuih seperti jemput-jemput, bengkang, serawa dan pai. KEPERLUAN ASAS TANAMAN: 1. Iklim 2. Tanah KULTIVAR YANG DISYORKAN : Terdapat banyak kultivar ditanam. Antaranya jenis Cina dan jenis Taiwan tetapi yang paling popular di Malaysia dan disyorkan untuk penanaman secara komersil ialah Early Price daripada jenis Taiwan dengan kod nombor 767. AMALAN KULTUR Penyediaan Tanah: Tanah dibajak piring diikuti dengan sekali atau dua kali bajak putar. Bajak piring seeloknya dilakukan sebulan setengah sebelum menanam dan bajak putar pertama dua minggu kemudian iaitu selepas penaburan kapur. Bajak putar kedua dibuat 1-2 hari sebelum menanam. Kedalaman bajakan ialah 20-30 cm. Bagi kawasan yang paras airnya tinggi, batas yang bersaiz 1.2 meter lebar, 30 cm tinggi dan panjang mengikut tanah perlu dibuat. Jarak diantara batas ialah 1.2m dan jarak antara tengah batas ialah 2.4m. Penyediaan Benih: Bagi jenis Early Price sebanyak 800 gm biji benih diperlukan untuk sehektar. Biji benih perlu dibeli setiap kali penanaman. Biji benih daripada kacukan F1 hybrid tidak boleh digunakan untuk penanaman akan datang kerana tidak mengekalkan baka asal. Biji benih perlu dirawat dengan rawatan kering menggunakan racun kulat seperti thiram dengan kadar 3g thiram bagi 1000g biji benih. Penanaman: Penggunaan plastik bersinar boleh mengurangkan kehilangan baja melalui proses larut lesap.
Pengurusan Air: Boleh dilakukan dengan menyiram atau menggunakan sistem pengairan renjis. Sistem pengairan renjis mempunyai kecekapan pengairan 65-75% dan keperluan tenaga kerja yang rendah. Jenis perenjis yang sesuai digunakan mempunyai julat tekanan operasi yang rendah, 1.5 - 2.5 kg/cm dengan kadar alir perenjis 0.3-1.0 liter/minit dan garis pusat liputan siraman 25-30m. Perparitan diperlukan bagi kawasan yang menghadapi masalah saliran. Parit ladang boleh dibina untuk mengalirkan air yang bertakung ke parit utama. Pendebungaan Berbantu Bunga betina yang mengalami proses pendebungaan membesar dan menjadi buah. Bunga yang tidak didebunga akan busuk dan gugur. Debunga dari kultivar yang sama adalah serasi. Lazimnya, labu manis didebungakan oleh serangga seperti lalat, lebah, kumbang, tebuan dan kupu-kupu. Sekiranya racun serangga kerap digunakan, agen pendebungaan akan berkurangkan dan menjejaskan proses pendebungaan dan seterusnya menjejaskan hasil. Pendebungaan berbantu dibuat sekiranya kehadiran serangga berkurangan dan disyorkan pada waktu pagi (8.00 - 11.00 pagi) iaitu apabila bunga betina terbuka. Debunga daripada bunga jantan yang terbuka pada pagi itu juga digunakan. Oleh kerana bunga jantan lebih banyak daripada bunga betina, eloklah satu bunga jantan dikacuk dengan satu bunga betina. Selepas tujuh hari bunga betina yang telah didebunga dan disenyawakan akan membentuk putik buah. Pengurusan Penyakit dan Perosak 1. Penyakit Kulapuk Downy (Merebak melalui tiupan angin) 2. Kulapuk Berdebu (Merebak melalui angin dan air) 3. Melecuh Anak Benih/Reput Pangkal (Merebak melalui tanah dan air) 4. Mozek Virus (Merebak melalui biji benih / kutu daun). 5. Hawar Daun (Merebak melalui angin)
Buah labu manis dipungut apabila matang iaitu 60-80 hari selepas ditanam bagi kultivar Early Price. Kematangan dapat dikenali apabila warna kulit bertukar daripada hijau ke kuning. Tangkai buah dipotong 5 cm dari pangkal buah. Berat buah labu manis adalah diantara 1-2 kg sebiji. Ia boleh disimpan selama 2 bulan pada suhu bilik. Sepokok labu manis boleh mengeluarkan 5-6 buah dalam tempoh 90 hari. Hasil sehektar lebih kurang 29-25 tan. Kawalan Rumpai Rumpai di atas batas dicabut dengan tangan, dicangkul atau dikawal menggunakan sungkupan yang terdiri daripada lalang atau rumput kering. Jika perlu racun rumpai seperti glufosinate-ammonium (0.5 kg/ha) atau glyhosate (0.6 kg/ha) boleh disembur untuk mengawal rumpai yang tumbuh di antara batas pada peringkat sebelum berbuah. Penggunaan plastik bersinar berupaya menyekat pertumbuhan rumpai di permukaan batas. Penyemburan racun perosak hendaklah diberhentikan beberapa hari sebelum mengutip hasil. Ini berpandukan tempoh dilarang mengutip hasil racun perosak yang digunakan. Tempoh Dilarang Mengutip Hasil
|
KEMBALI KE SENARAI PANDUAN MENANAM BUAH-BUAHAN & SAYUR-SAYURAN

sebelumnya



