| 18 Oktober 2009

HARI LADANG DAERAH HULU PERAK 2011
GERIK 4 Julai 2011 : Daerah Hulu Perak dengan jayanya telah melaksanakan hari ladang peringkat daerah Hulu perak pada 29 dan 30 Jun yang lalu. Program bagi tahun ini dilaksanakan dengan luar biasa meriah dimana Hari Ladang Jabatan Pertanian telah disatukan dengan Program Local Agenda 21 Majlis Daerah Lenggong. Turut dilaksanakan dalam program yang sama adalah satu karnival jualan bertajuk 'Karnival Agrovalley' yang telah disertai oleh 30 orang peniaga. Program pameran daripada agensi dan swasta sebanyak 18 agensi telah diadakan sepanjang 29 dan 30 haribulan itu. Jumlah pengunjung dianggarkan seramai lebih daripada 600 orang.
Acara perasmian Hari Ladang dan Local Agenda 21 pada 29 jun juga telah mencatatkan sejarah dimana telah berjaya menerima seramai 400 orang pengunjung.
Program pada tahun ini memang telah dirancangkan sedemikian rupa untuk memberikan suntikan kelainan serta mewujudkan acara yang lebih meriah berbanding tahun-tahun yang terdahulu. Ianya bertujuan bagi membawa program 'ala-ala Agrofest' ke Daerah Hulu Perak ini. Sambutan yang diterima sepanjang karnival adalah amat-amat menggalakkan kerana pelbagai acara telah disajikan daripada siang hingga ke malam. Acara pentas pada sebelah malam turut diadakan.
Program tahun ini juga adalah kerjasama dengan Pejabat Ahli Parlimen Lenggong serta YAB Dato Shamsul Anuar Bin Haji Nasarah yang turut memberikan sumbangan bagi menjayakannya. Beliau ternyata amat berpuas hati dengan program anjuran bersama ini.
Gambar-gambar sekitar program adalah didalam laman facebook berikut :
AUDIT DALAMAN ISO DARIPADA IBUPEJABAT KEDAERAH HULU PERAK
GERIK 25 April 2011 : Daerah Hulu Perak telah berjaya diaudit oleh juruaudit dalaman Jabatan Pertanian Negeri Perak yang diwakili oleh En Adnan dan En Zaki.
Proses pengauditan telah berjalan dengan lancar dan jayanya. Ianya dilaksanakan di bilik mesyuarat Pejabat Pertanian Daerah Hulu Perak.

LAWATAN NAZIRAN DARIPADA PUTRAJAYA KE PROJEK DAERAH HULU PERAK
GERIK 7 April 2011 : Satu lawatan khas oleh En Mustafa Kamal telah berjaya diatur pada hari ini ke sekitar Lenggong dan Gerik. Pada 8 April pula, rombongan dijangka akan mengadakan lawatan ke tapak projek TKPM Puncak Baring pula.
Hasil daripada lawatan tersebut didapati amat memuaskan hati En Mustafa Kamal.
KURSUS HANDS ON BAJA FOLIAR ORGANIK UNTUK PROJEK DJBM LENGGONG
LENGGONG 22 Feb 2011 : Kursus hands on khas kepada peserta projek DJBM Kg Gelok, Lenggong telah diadakan dengan jayanya. Ianya telah disertai oleh seramai 17 orang peserta yang terdiri daripada peserta, pekerja serta penduduk tempatan yang berminat.
Kaedah penyediaan baja secara organik telah disampaikan dan semua peserta amat berpuashati dengan kaedah serta manfaat yang diperolehi daripada kursus tersebut.
Kursus susulan di projek yang sama akan diadakan 2 minggu daripada tarikh ini iaitu pada 8 Mac 2011 di lokasi yang sama. Kursus susulan ini akan menerangkan tentang kaedah menapis baja serta kaedah penggunaan baja.
Kursus ini turut disertai oleh Ketua Kampung Lenggong.

LAWATAN SEKSYEN HORTIKULTUR KE PROJEK
PENGKALAN HULU 10 Feb 2011 : Satu pasukan daripada Seksyen Hortikultur Jabatan Pertanian Negeri Perak yang diketuai oleh En Zahimi telah mengadakan lawatan ke projek-projek pertanian di kawasan Pengkalan Hulu.
Antara projek yang dilawati adalah sekitar Kampung Tasek dan projek cluster buah-buahan di sekeliling sempadan Keroh-Betong
LAWATAN KE PROJEK TKPM BUKIT SAPI
GERIK 8 Feb 2011 : Satu pasukan khas daripada Seksyen Hortikultur Wismatani, Putrajaya telah datang untuk tujuan lawatan tapak bakal projek TKPM Hulu Perak di Kampung Bukit Sapi, Lenggong.
Rombongan seramai 15 orang tersebut telah berjaya melawat ke tapak terbabit dan hasil lawatan adalah sangat memuaskan. Lawatan turut disertai oleh pegawai-pegawai Seksyen Sayuran daripada Ibupejabat, Ipoh.

sebelumnya






