A- A A+
Announcement :
  • img2
    Soalan Lazim
  • img1
  • img3
    Hubungi Kami
  • img1
  • img4
    Aduan & Maklum Balas
  • img1
  • img5
    Peta Laman
  • Utama
  • Department Info
  • KATA ALUAN PENGARAH

Are you satisfied with the quality of complaints management of our department?

Very satisfied - 0%
Unsatisfied - 0%

Total votes: 0
The voting for this poll has ended on: %31 %12 %2016 - %00:%December
Demo

Poll

 

Director Greeting

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum w.b.t.;

Salam sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam 1Perak.

Khasnya kepada komuniti tani dan desa di seluruh negeri Perak Darul Ridzuan, dan di seluruh negara/seantero dunia.....

Adalah menjadi harapan saya agar penampilan Laman Portal Jabatan Pertanian Perak berwajah baru ini akan dapat dijadikan sebagai satu landasan interaktif kepada para petani/peladang, usahawantani hasil tani/pemproses produk industri asas tani, pelabur yang berminat, penggemar pertanian, penyelidik, jabatan/agensi lain, pelajar/ penuntut IPTA/IPTS, orang awam, dan berbagai pihak yang menjadi stakeholders kami -- mencari peluang-peluang yang terbuka luas dalam 'Agenda Pertanian Baru' Kerajaan, termasuk dalam menerokai bidang-bidang pertumbuhan baru (new growth areas).

Penampilan portal ini adalah usaha berterusan kami untuk memantapkan sistem penyampaian Jabatan Pertanian Perak menerusi penggunaan ICT/new social media secara meluas, telus dan cepat ~ selaras dengan tuntutan Gagasan '1Malaysia: Rakyat (Petani) Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' negara, dan selari dengan 'Pelan Pembangunan Perak Amanjaya' untuk dilaksanakan dalam tempoh RMKe-10... menuju ke arah pencapaian 'Pelan Strategik Perak Maju 2015'.

Kami adalah komited kepada usaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) untuk membantu semua pihak, di mana yang boleh, untuk menyumbang agar moto 'Pertanian Adalah Perniagaan' dapat direalisasikan.... khususnya kepada komuniti tani di Negeri Perak Darul Ridzuan, untuk:

Menyumbang kepada misi Kerajaan dalam meningkatkan ekonomi petani melalui kaedah pengembangan ~ iaitu pemindahan teknologi (transfer of technology) ~ dan kerja-kerja khidmat regulatori (penguatkuasaan Akta-akta Pertanian);

  • Memberi khidmat pengembangan dan perundingan kepada semua pihak yang terlibat/berminat dengan aktiviti pertanian, agribisnes dan industri asas tani;
  • Menyumbang kepada usaha mentransformasi sektor pertanian ~ selaras dengan 'Government Transformation Program' (GTP) ~ bagi meningkatkan pengeluaran dan produktiviti yang menjurus kepada peningkatan pendapatan petani, komuniti tani dan desa; dan
  • Menyumbang ke arah menjayakan usaha Kerajaan menterjemahkan Wawasan 2020 menerusi 4 tiang utama: Gagasan 1Malaysia, GTP (menerusi NKRAs), Model Baru Ekonomi (menerusi NKEAs) dan pelaksanaan program/projek di bawah RMKe-10.

Saya menyentuh di awal tadi tentang liputan kami menjangkau ke seluruh negara/seantero dunia -- adalah melalui peranan kami, antara lainnya, menerusi:

  • Membantu/menggalakkan para pelabur dari seluruh negara yang terlibat/berminat dengan projek-projek pertanian/agribisnes dan industri asas tani di dalam Negeri Perak; dan
  • Mempromosi penggunaan platform pemasaran secara online -- menerusi Portal AgriBazaar -- yang boleh menambah nilai kepada para usahawantani/ pelabur melebarkan sayap mereka memasarkan hasil tani/produk tani mereka ke peringkat global -- dan menjadikan hasrat membangunkan golongan 'Agri-Glokal' sudah pun membuahkan hasil.
Saya menyeru semua pihak untuk mendaftar (percuma!) dan mempergunakannya sebaik mungkin -- justeru sudah ujud para usahawantani yang menjadi jutawan kerananya. Ayuh rebutlah peluang ini juga.... hubungilah pegawai/staf Jabatan Pertanian Perak di daerah/kawasan terdekat untuk membantu anda serta menunjukajar cara menggunakannya... dan InsyAllah ianya dapat membantu memperluaskan alternatif pasaran serta harga dan pulangan yang lebih baik.
 
AgriBazaar ialah 'an Exchange for Better Price' dibangunkan untuk anda memperkasakan diri menerusi kaedah empowerment dengan menggunakan teknologi ICT ini.

Sekian, selamat melayari kami dan hubungilah kami untuk keterangan lanjut... dan Selamat Maju Jaya dalam bidangusaha kalian.

Wassalaam dan Terima Kasih.

NOORAZMI BIN YAHYA

PENGARAH PERTANIAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

Last Updated : Monday 18 March 2024, 09:19:40

 

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.