Mesyuarat Projek Kampung Bestari Madani Daerah Kuala Kangsar
8 November 2023 | Rabu | Kuala Kangsar
Pengarah Pertanian Negeri Perak, Ts. Norsiyenti Othman menghadiri Mesyuarat Projek Kampung Bestari Madani Daerah Kuala Kangsar yang dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Zulhisham bin Ahmad Shukori, Pegawai Daerah Kuala Kangsar di Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar.
.
Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk bersama-sama dengan pelbagai agensi lain untuk merancang persiapan awal dan mewujudkan Projek Kampung Bestari Madani pada tahun 2024 yang akan mengetengahkan 3 projek iaitu tanaman makanan, penternakan dan akuakultur yang akan dirasmikan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.
.
Kerajaan negeri juga merancang untuk meningkatkan ekonomi masyarakat setempat dalam mengurangkan golongan miskin tegar melalui penglibatan komuniti kampung dengan projek ini.
.
Seterusnya, Puan Pengarah bersama ahli mesyuarat lain ke Kampung Bendang Kering yang merupakan lokasi cadangan untuk dijadikan pusat pembelajaran dan pembangunan ekonomi masyarakat Daerah Kuala Kangsar.
.
Turut hadir sama, Yang Dihormati Toh Maharaja Indera Dr. Haji Khairil Anuar Haji Arshad, Orang Besar Jajahan (OBJ) Kuala Kangsar, Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak, Dr. Zulkifli bin Ahmad, Encik Mohd Zaid b Zulkifli, Pengurus Besar Korporat Sosial Perak SADC, Encik Mohamad Nazri bin Hassan, Pegawai Pertanian Daerah Kuala Kangsar, Pegawai Perikanan Daerah Kuala Kangsar, dan Penghulu Setiap Mukim Daerah Kuala Kangsar.
.