Majlis Penyerahan Sijil Prestasi Cemerlang bagi Pensijilan myGAP dan myOrganic Tahun 2022
7 November 2023 | Selasa | Ipoh
Ts. Norsiyenti Othman, Pengarah Pertanian Negeri Perak memberi penghargaan kepada 35 orang Agen Pengembangan Tanaman (APT) Terbaik seluruh negeri Perak yang telah mencapai pensijilan myGAP di dalam Majlis Penyerahan Sijil Prestasi Cemerlang bagi Pensijilan myGAP dan myOrganic Tahun 2022.
.
Dari jumlah tersebut Daerah Kerian mencatatkan 9 orang APT terbaik. Daerah Hilir Perak dan Daerah Perak Tengah masing-masing mencatatkan 5 orang APT terbaik dan jumlah selebihnya daripada daerah-daerah lain.
.
Menurut Ts. Norsiyenti Othman, pada tahun 2022, jumlah pensijilan myGAP adalah sebanyak 368 sijil dan berjaya meletakkan negeri Perak di tempat yang ketiga selepas negeri Terengganu dan Johor. Pada tahun ini, sehingga Oktober 2023, negeri Perak telah berjaya mendapat 212 sijil myGAP.
.
Turut hadir Encik Shahril Sabri, Timbalan Pengarah Pertanian (Pengembangan), Puan Raudah Talib, Ketua Seksyen Pengembangan dan Transformasi Teknologi Pertanian, semua Pegawai Pertanian Daerah dan Pegawai Pertanian Kanan Ibu Pejabat.
.