A- A A+

Hebahan :

  • img2
    Soalan Lazim
  • img1
  • img3
    Hubungi Kami
  • img1
  • img4
    Aduan & Maklum Balas
  • img1
  • img5
    Peta Laman
helper Fungsi DB melaporkan tiada ralat

Jumlah Undian:
Demo

Tinjauan

 

Seminar Agromakanan Bagi Subsektor Tanaman Tahun 2023

2 November 2023 | Khamis | Bukit Merah
Jabatan Pertanian Negeri Perak menganjurkan Seminar Agromakanan Bagi Subsektor Tanaman Tahun 2023 yang melibatkan 80 orang peserta seluruh negeri Perak yang merupakan warga tani dan usahawan industri asas tani negeri Perak.
.
Seminar tersebut telah berlangsung selama dua (2) hari bemula 1 November 2023 bertempat di Bukit Merah Lake Town Resort.
.
Seminar tersebut telah disempurnakan oleh YB Dato’ Mohd Zolkafly Harun, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Negeri Perak.
.
“Melalui seminar ini, ia merupakan satu platform yang terbaik bagi perkongsian maklumat secara dua hala serta perkongsian teknologi-teknologi terkini di dalam sektor agromakanan dalam meningkatkan hasil pengeluaran ke arah sekuriti makanan negeri.
.
Dalam seminar ini terdapat 5 kertas kerja dibentangkan oleh Pegawai Jabatan Pertanian Negeri Perak dan 2 sesi perkongsian dari warga tani dan usahawan yang telah berjaya dalam bidang masing-masing.
.
Menurut Pengarah Pertanian Negeri Perak, Ts. Norsiyenti Othman, melalui platform ini para usahawan dan warga tani boleh mencari ‘networking’ atau kenalan dan menjadikan sebagai medium untuk perkongsian ilmu antara satu sama lain disebabkan ilmu dan pengalaman setiap orang adalah berbeza dan apabila ia melengkapi antara satu sama lain akan memberikan output yang terbaik dalam pembangunan sektor pertanian.
.
Antara pengisian lain dalam Seminar kali ini adalah penyertaan daripada 3 Syarikat baja dan racun, 1 syarikat pengeluaran makanan dan 2 reruai daripada Jabatan Pertanian Negeri Perak yang membuka kaunter khidmat pelanggan di sini.
.
Turut hadir, Tuan Haji Mohd Sabli bin Bakri, Pegawai Daerah Kerian dan Encik Shahril bin Sabri, Timbalan Pengarah Pertanian (Pengembangan).
.
Kemaskini : Jumaat 10 November 2023, 17:47:43.