HARI INOVASI JABATAN PERTANIAN TAHUN 2023
7 September I Khamis I Serdang
.
SERDANG : Berlangsungnya Majlis Sambutan Hari Inovasi yang disempurnakan oleh YBhg. Datuk Lokman Hakim Ali, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) di Dewan Besar UPM, Serdang.
.
Bertemakan” Inovasi Pertanian ke Arah Keterjaminan Makanan” ini memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada mereka yang berjaya menghasilkan inovasi yang signifikan serta memberi impak yang besar kepada sektor agromakanan negera melalui pembaharuan dan penambahbaikan produk atau perkhidmatan yang lebih baik melalui cetusan idea-idea yang kreatif dan inovati.
.
Anugerah Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) merupakan mekanisma pengurusan yang berkesan untuk membina modal insan sebagai sumber paling bernilai dalam organisasi dan menyediakan forum kepada mereka untuk melibatkan diri dalam proses membuat keputusan dan seterusnya melaksanakan tindakan yang diputuskan secara berpasukan.
.
Turut Hadir YBrs. Puan Nor Sam Alwi, Timbalan Ketua Pengarah Pertanian (Pengurusan dan Regulatori), YBrs. Roshidi Mat Noor, Setiausaha Bahagian Pemodenan Pertanian KPKM, Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan, Latifah Merais dan Encik Shahril bin Sabri, Timbalan Pengarah Pertanian (Pengembangan) Negeri Perak.
.
Tahun ini Jabatan Pertanian Negeri Perak telah menghantar 1 penyertaan Anugerah KIK, 2 penyertaan inovasi kategori petani dan 6 penyertaan kategori pegawai.
.
Anugerah KIK
Pejabat Pertanian Daerah Kuala Kangsar
Tajuk Inovasi: Aplikasi QR Code Smart Sharing Kuala Kangsar
Saguhati
.
Kategori Petani
Pejabat Pertanian Daerah Kinta dan Kampar
Tajuk Inovasi: HECA (Hami Ergonomic Chair Aid)
Anugerah Gangsa
Pejabat Pertanian Daerah Hilir Perak dan Bagan Datuk
Tajuk Inovasi: Penghentak Buluh Untuk Tanaman Sayuran
Anugerah Gangsa
.
Kategori Pegawai
Pejabat Pertanian Daerah Manjung
Tajuk Inovasi: Mesin Pembakar Arang
Anugerah Perak
Pusat Kejuruteraan Pertanian Titi Gantung
Tajuk Inovasi: Multi Smart Ridger PKPTG
Anugerah Gangsa
Pusat Kejuruteraan Pertanian Titi Gantung
Tajuk Inovasi: Smart Automatic Spreader
Anugerah Gangsa
Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman Negeri Perak
Tajuk Inovasi: EZ Germination Plate
Saguhati
Pejabat Pertanian Daerah Kerian
Tajuk Inovasi: Alat Penebuk Plastik Batas
Saguhati
Bahagian Pembangunan Industri Tanaman Negeri Perak
Tajuk Inovasi: Tanaman Cendawan Lion's Mane (