A- A A+

Hebahan :

  • img2
    Soalan Lazim
  • img1
  • img3
    Hubungi Kami
  • img1
  • img4
    Aduan & Maklum Balas
  • img1
  • img5
    Peta Laman
helper Fungsi DB melaporkan tiada ralat

Jumlah Undian:
Demo

Tinjauan

 

Bengkel Pelaksanaan SOP Luar Jelapang Negeri Perak 2023

18 Mei 2023 | Khamis | Kampar
Berlangsungnya Bengkel Pelaksanaan SOP Luar Jelapang Negeri Perak 2023 selama dua hari bermula 18 Mei sehingga 19 Mei 2023 di Hotel Grand Kampar.
.
.
Majlis pembukaan dimulakan dengan perasmian yang disempurnakan oleh Pengarah Pertanian Negeri Perak, Ts. Norsiyenti binti Othman.
.
.
Kerjasama strategik antara Jabatan Pertanian Negeri Perak, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Negeri Perak bersama Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dalam membangunkan Sistem Makgeo Luar Jelapang adalah untuk memperkuatkan lagi Agenda Sekuriti Makanan Negara.
.
.
Bengkel ini mengumpulkan semua pegawai terlibat dalam membangunkan sistem ini untuk bersama-sama membincangkan untuk penambahbaikan sistem di Fasa 3 sebelum diguna pakai di peringkat Jabatan dan agensi. Fasa 1 dan Fasa 2 iaitu Program Pemutihan Luas Bertanam telah selesai dilaksanakan.
.
.
Turut hadir Timbalan Pengarah Pertanian (Pengembangan), Encik Shahril bin Sabri, Timbalan Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Perak, Encik Muhamad Ghazali bin Muhamad Taib, Ketua Sektor Pertanian dan Komoditi MYSA, Tuan Haji Zainal Abidin bin Hassan, Ketua Cawangan-Cawangan Pengurusan Maklumat dan Statistik LPP Kuala Lumpur dan Wakil Perak GIS, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Encik Mohd Hafiz bin Mohd Bakhari.

Gambar...

Kemaskini : Khamis 25 Mei 2023, 11:30:39.