State Leadership Retreat 2023 Anjuran Kerajaan Negeri Perak
15 - 16 Mei 2023 | Isnin - Selasa
Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Perak, Ts. Norsiyenti binti Othman telah dijemput untuk menghadiri State Leadership Retreat 2023 yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Perak yang telah mengumpulkan semua tonggak kepimpinan utama di peringkat Jabatan, agensi dan GLC untuk merealisasikan Perak Sejahtera 2030.
.
.
Pembukaan program ini telah disempurnakan dengan ucaptama YAB Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, Dato’ Seri Saarani bin Mohamad dengan Aspirasi dan Halatuju Perak Sejahtera 2030.
.
.
Di samping itu, program ini turut menampilkan YBhg. Prof. Dato’ Dr. Madeline Berma selaku penceramah utama yang mengenengahkan perkongsian mengenai Hubung Kait Pembangunan dan Kemiskinan. Beberapa isu kemiskinan multidimensi disentuh sebagai wacana dalam mencari penyelesaian kemiskinan mengikut acuan negeri Perak.
.
.
Agenda Sekuriti Makanan merupakan salah satu Agenda di bawah Perak Sejahtera 2030. Dalam program ini, Ketua Pegawai Eksekutif Perak SADC, Tuan Haji Yahanis bin Yahaya telah membentangkan tentang kerjasama yang dimainkan oleh Perak SADC bersama 11 jabatan dan agensi dalam menjayakan Perak Sejahtera 2030 khususnya melibatkan agenda sekuriti makanan.
.
.
Program ini diakhiri dengan pembentangan mengenai pemetaan strategik portfolio di bawah EXCO Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Negeri Perak untuk memperkuatkan agenda Sekuriti Makanan dengan mengenal pasti titik persamaan dalam merancang, melaksana dan memantau pelaksanaan projek-projek Sekuriti Makanan di negeri Perak.