Sesi melapor diri Penolong Pegawai Pertanian Gred G29 Lantikan Baharu Jabatan Pertanian Negeri Perak Tahun 2023 di Ibu Pejabat, Jabatan Pertanian Negeri Perak
3 Mei 2023 | Rabu | Ipoh
Seramai empat (4) orang telah melaporkan diri menghadap Pengarah Pertanian Negeri pagi ini. Mereka ini telah ditemuduga sendiri oleh Puan Pengarah bersama pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak pada Jun 2022 yang lepas. Masing-masing akan ditempatkan di Pejabat Pertanian Daerah dan Ibu Pejabat.
.
.
Jabatan Pertanian Negeri Perak mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada para Penolong Pegawai Pertanian yang telah melaporkan diri pada hari ini. Semoga dengan peluang untuk menjawat jawatan ini dapat memberikan komitmen dan tanggungjawab yang jitu dalam mengukuhkan organisasi untuk menggerakkan Jabatan Pertanian Negeri Perak selaras dengan visi dan misi Jabatan yang memfokuskan kepada keselamatan dan sekuriti makanan negeri dan negara terus terjamin.
.
.
Jabatan Pertanian Negeri Perak juga merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Pihak SUK Negeri Perak yang banyak membantu termasuklah meluluskan perjawatan baru pada tahun ini.