Mesyuarat MAFS Inc. Peringkat Negeri Perak bagi Bilangan 1 Tahun 2023
14 Mac 2023 | Selasa | Ipoh
Hari ini, Ts. Norsiyenti binti Othman, Pengarah Pertanian Negeri Perak telah mempengerusikan Mesyuarat MAFS Inc. Peringkat Negeri Perak bagi Bilangan 1 Tahun 2023 yang di adakan di Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Pertanian Negeri Perak.
.
.
Mesyuarat ini diadakan adalah untuk menyemak dan memberikan kelulusan serta membuat penyelarasan kepada permohonan Projek Kebuniti Madani yang dahulunya dikenali sebagai Projek Kebuniti Keluarga Malaysia (KEKMA) yang meliputi sub sektor tanaman, ternakan dan akuakultur yang akan dibangunkan di kawasan bandar dan pinggir bandar di setiap parlimen negeri Perak.
.
.
Turut hadir bersama Pengarah-pengarah Jabatan dan Agensi serta Pegawai-pegawai Pertanian Daerah.