A- A A+

Hebahan :

  • img2
    Soalan Lazim
  • img1
  • img3
    Hubungi Kami
  • img1
  • img4
    Aduan & Maklum Balas
  • img1
  • img5
    Peta Laman
helper Fungsi DB melaporkan tiada ralat

Jumlah Undian:
Demo

Tinjauan

 

Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak Siri 2 Tahun 2023 Daerah Perak Tengah

02 Mac 2023 | Khamis | Parit
Jabatan Pertanian Negeri Perak terus komited dalam menjayakan Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak Siri 2 Tahun 2023 Daerah Perak Tengah bersama jabatan dan agensi di bawah kerajaan Negeri Perak dalam menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh warga tani Negeri Perak di Arena Square, Parit.
.
.
Hari Bertemu Pelanggan ini telah diketuai oleh YAB Menteri Besar Perak Dato Seri Saarani Mohamad dan berlangsung dari jam 2.30 petang hingga 5.00 petang.
.
.
Jabatan Pertanian Negeri Perak merupakan salah satu Jabatan yang dijemput untuk membuka Kaunter Khidmat Pelanggan di bawah Portfolio Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Negeri Perak.
.
.
Encik Shahril bin Sabri, Timbalan Pengarah Pertanian (Pengembangan) turut bertugas di Kaunter Khidmat Pelanggan bersama YB Dato' Haji Mohd Zolkafly bin Harun, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Negeri Perak sepanjang program ini berlangsung.
.
.
Terima kasih kepada semua yang hadir hari ini. Jumpa untuk siri yang seterusnya.

Gambar...

Kemaskini : Khamis 16 Mac 2023, 16:32:27.