A- A A+

Hebahan :

  • img2
    Soalan Lazim
  • img1
  • img3
    Hubungi Kami
  • img1
  • img4
    Aduan & Maklum Balas
  • img1
  • img5
    Peta Laman
helper Fungsi DB melaporkan tiada ralat

Jumlah Undian:
Demo

Tinjauan

 

27 Petani Daerah Perak Tengah Menerima Pensijilan myGAP

27 Oktober 2022 | Khamis | Titi Gantung
.
Sekitar Majlis Penyerahan Insentif myGAP Tahun 2021 dan Projek Khas Tani Pasca Covid-19 Daerah Perak Tengah Tahun 2022 yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Negeri Perak, YB Encik Khairul Shahril bin Mohamed yang diadakan di Dewan Institut Pertanian Titi Gantung.
.
Insentif myGAP ini diwujudkan adalah sebagai satu inisiatif pihak Jabatan Pertanian Negeri Perak untuk menggalakkan lagi lebih ramai petani-petani yang mengeluarkan tanaman makanan di Negeri Perak untuk mendapatkan pensijilan myGAP supaya pengeluaran makanan adalah diyakini bersih dan selamat untuk dimakan.
.
Seramai 22 orang petani pada tahun 2021 telah menerima pensijilan myGAP dan insentif ini. Menurut Pegawai Pertanian Daerah Perak Tengah, Puan Ahmanur Huda binti Mohammad Ibrahim, sehingga Oktober 2022 seramai 24 orang telah memohon pensijilan myGAP dan 5 orang petani telah diluluskan untuk mendapatkan pensijilan myGAP.
.
Dalam majlis yang sama, seramai 13 orang petani telah menerima Bantuan Projek Khas Tani Pasca Covid-19 berupa input pertanian seperti racun dan baja yang bernilai RM3, 000.00. Semoga dengan bantuan ini dapat meringankan sedikit beban para petani dalam menghadapi krisis harga input pertanian yang semakin mahal.
.
Seusai majlis, YB Encik Khairul Shahril di bawa ke ruang jualan produk pertanian daripada ladang-ladang myGAP yang dihasilkan oleh para petani di Daerah Perak Tengah.
.
Turut hadir bersama, Pengarah Pertanian Negeri, Ts. Norsiyenti Othman, Pegawai Daerah Perak Tengah, Tuan Mohd Zaki Abdul Rahman, Pengarah Institut Pertanian Titi Gantung, Puan Nur Hafizah binti Sharudin, dan Pegawai Pertanian Kuasa Usaha Bahagian Teknikal Negeri Perak.

Gambar...

Kemaskini : Jumaat 11 November 2022, 11:12:45.