A- A A+
Hebahan :
helper Fungsi DB melaporkan tiada ralat

Jumlah Undian:
Demo

Tinjauan

 

Kunjungan Daripada Koperasi Graduan Perak

11.2.2021 (KHAMIS)
3.00 petang
Puan Pengarah Pertanian Negeri hari ini menerima kunjungan dari wakil Koperasi Graduan Perak yang akan mengusahakan produk kopi yang akan dijenamakan sebagai 'Kopi Perak'. Projek ini dijayakan dengan usahasama pihak Nestle.
Tujuan projek Koperasi adalah untuk menjadi pembekal utama anak pokok kepada projek tanaman kopi diatas tanah yang disewa daripada pihak SADC Perak. Kuantiti semaian bersama Nestle dijangkakan mencecah 100,000 pokok.
Perbincangan menjurus kepada permohonon bantuan yang dipohon oleh pihak Koperasi. Puan Pengarah telah memberikan penerangan dan berbincang berkaitan skop bantuan yang boleh dipohon dibawah Jabatan Pertanian.
Turut hadir adalah Pegawai Pertanian Daerah Kuala Kangsar yang akan membuat siasatan lanjut serta tindakan susulan berkenaan permohonan ini kerana projek ini bakal diusahakan di Daerah Kuala Kangsar.