A- A A+
Hebahan :
helper Fungsi DB melaporkan tiada ralat

Jumlah Undian:
Demo

Tinjauan

 

Kunjungan Hormat Kepada Setiausaha Dewan Negara

Istana Kinta, Ipoh
Yang Berusaha Pengarah Pertanian Negeri Perak, Puan Norsiyenti binti Othman telah mengadakan kunjungan hormat kepada Dato' Seri Ayop, Setiausaha Dewan Negara, Negeri Perak di pejabat Dewan Negara di Istana Kinta. Kunjungan selama lebih 2 jam membincangkan pelbagai perkara terutamanya usaha-usaha mengeratkan hubungan antara Jabatan Pertanian dan pihak Istana Negeri Perak.
Dalam perjumpaan ini juga, pihak Jabatan Pertanian telah mempersembahkan buah betik jenis exotica kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak sekeluarga.
Puan pengarah juga berkesempatan bertemu Dato Abdul Rashid, Setiausaha Sulit kepada DYMM Paduka Seri Sultan Perak dan menyampaikan sedikit cenderahati.